Jumaat, 29 Mac 2013

#GE13 NAJIB KONPIDEN 2/3 -OP ZOMBI KG PISANG.

Tahniah kepada DS Najib kerana mempunyai tahap keyakinan dan kepercayaan amat tinggi. Beliau amat yakin dan konpiden BN mampu menguasai 2/3 majoriti.

Pada masa yang sama dalam temubual dengan Sin Chew, Froggie Lim Toad Siang di petik sebagai berkata:-
" Johor bukan sahaja tempat kelahiran UMNO. Ianya juga adalah kubu kuat UMNO dan MCA. Jika keduanya ditumpaskan oleh Pakatan dalam pilihanraya akan datang tidak akan ada peluang untuk keduanya untuk bangkit semula" ( Mengikut Teori dan kepala otak nya lah- bukan sesuatu yang muktamad) - Dalam Politik tidak ada satu-satu perkara yang muktamad.
 Guan Eng offers 'Superman' Labis parliamentary seat

Menurut Lee Hwa Beng, bekas ADUN Subang Jaya selama 3 penggal, beliau mengemukakan dua ramalan:-
"Pakatan mensasarkan semua kerusi MCA sebagai KERUSI MUDAH MENANG" Suatu strategi yang logik menurut bloger-bekas-wartawan Helen Ang.
Lee turut mendedahkan PKR dan PAS akan memberikan laluan mudah kepada DAP menentang mana-mana calun BN dari MCA sebagai Strategi Pakatan memusnahkan terus MCA.

Beliau memberikan contoh bagaimana PAS dan PKR sanggup melepaskan dua kerusi di Bentong dan Gelang Patah sebagai asas kepada ramalan beliau. Malah beliau turut menegaskan, di mana saja BN meletakkan calon MCA berhadapan dengan calun PKR dan PAS, laluan akan diberikan kepada DAP sebagai strategi mano-et-mano. Pendekata, Pakatan akan memastikan tiada kerusi selamat bagi mana-mana calon BN dari MCA di seluruh negara.

Malah Kadir Jasin turut menyatakan DAP akan memburu MCA di semua tempat. Sepakan Terajang Maut akan diberikan kepada MCA di Johor.

Ramalan kedua Lee ialah MCA kemungkinan kehilangan lima sehingga sepuluh kerusi dari limabelas kerusi yang di pegang oleh MCA. Bila kita membuat pengiraan mudah, tujuh dari 15 kerusi MCA adalah di Johor!

Ong Kian Meng, Politikal Strategis DAP, yang sentiasa mendapat liputan daripada akhbar The Star (yang memberikan dividen RM50 - RM60 juta kepada MCA - fakta yang diakui oleh Chua Soi Lek) menegaskan sokongan pengundi Cina pada PRU 12 ialah pada kadar 64%.

20% akan bertambah lagi kepada Pakatan sepanjang tempoh 5 tahun ini menjadikannya sekitar 84% (Ini adalah ramalan bukan muktamad tetapi suatu realiti yang sukar untuk dinafikan).

Peri mustahaknya BN dan parti komponennya bertanya kenapa? 
Salah satu sebabnya ialah jentera media Gunting Dalam Lipatan yang sudah amat jarang menulis kritikal mengenai DAP 2.0.

Sebaliknya jentera media guntingan dalam lipatan lebih gemar memberi muka dan laluan kepada Agenda Jersubang DAP. 

Menurut pendapat Helen Ang, kepimpinan MCA juga masih lewa membenarkan guntingan dalam lipatan menikam belakang BN samada secara halus atau terang-terangan.

Budaya BN selama ini ialah 'Orang Memberi Kita Merasa, Orang Berbudi Di Balas Jasa' berasakan kepada semangat MEMBERI & MENERIMA - BERTOLAK ANSUR.

DAP sudahpun menamakan strategi psy-war sebagai OP TODAK untuk membuka laluan di Johor dengan menewaskan MCA. Menurut legenda TODAK MENYERANG SINGAPURA, ikan todak dikalahkan dengan BATANG PISANG. Tapi akhirnya, pemberi ide di bunuh oleh para pembesar kerana takutkan kepandaian Hang Nadim.

Tapi di alaf ini, kita masih bertuah kerana adanya ZOMBI KG PISANG.

Dalam penceritaan ZOMBI KG PISANG, para zombi memerlukan OTAK ORANG PANDAI. Disebabkan nampaknya DAP mempunyai OTAK ORANG PANDAI .. untuk mengalahkan dan menewaskan DAP OP TODAK , BN memerlukan ZOMBI yang mampu menerjah dan menelan semua otak-otak pandai DAP dan Pakatan.

Paling tidak pembesar-pembesar irihati dan dengki tak dapat membunuh Zombi. Sebab zombi pun adalah mahkluk yang dah mati. Setelah para Zombi melaksanakan tugasnya, para zombi boleh di suntik dengan serum untuk mengembalikan Zombi kepada keadaan asal mereka... yakni kembali menjadi orang kampung biasa yang tak di pandang sebagai 'merbahaya' oleh pembesar-pembesar yang irihati dan dengki.

http://www.nst.com.my/latest/dap-is-as-democratic-as-north-korea-says-tunku-aziz-1.233113

* ARTIKEL INI DI TULIS BERDASARKAN KEPADA ARTIKEL SUMBER HELEN ANG - (diubahsuai untuk keperluan pembaca Melayu)*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...