Petikan klip video di awal Op Daulat - TV3
Bermula dari kempen-kempen hasutan pembangkang terlampau dan nyanyian karok Anwar Ibrahim ' Kenapa Najib Goyang kerana Sabah akan Hilang' selama bertahun-tahun; akhirnya berlaku pencerobohan ke atas Sabah.
Beberapa siri PRK di Sabah dan PRN Sarawak, rakyat melihat bagaimana agresifnya kempen-kempen hasutan pembangkang. Siri keganasan BERSIH berakhirnya dengan kecederaan serta kerosakan hartabenda awam. Pelbagai lakonan dan drama dimainkan oleh pembangkang dalam Siri keganasan BERSIH untuk meraih simpati dan menanam bibit-bibit kebencian kepada PDRM dan ATM.
Pihak pembangkang sentiasa menanam kebencian kepada institusi-institusi kerajaan yang ada. Kita menyaksikan kempen-kempen pembangkang mencemarkan namabaik PDRM, SPRM , SPR dan ATM. Isu-isu seperti pembelian Scorpene, kempen 'Keganasan Polis', kempen ' BERSIH'. Kempen-kempen tersebut bertujuan menghilangkan keyakinan rakyat kepada PDRM, ATM, SPRM dan SPR.
Paling menyedihkan bila insiden Bukit Kepong diperlekehkan dan pengorbanan anggota Polis menentang komunis dijadikan bahan mencerca kemerdekaan. Sikap itu berterusan melalui penghinaan oleh Tian Chua, Nuurl Izzah dan Anwar Ibrahim kepada anggota-anggota keselamatan yang terkorban.
Paling merbahaya bila Isham Rais mencabar kesahihan kemerdekaan negara. Termasuklah menyanjung tinggi pengganas komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan.
Mengibarkan Sang Saka Malaya yang kononnya adalah Bendera Asal. Menghina Jalur Gemilang sebagai Bendera Ciplak Amerika Syarikat. Mengugat keyakinan rakyat kepada kesahihan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Mengibarkan Sang Saka Malaya yang kononnya adalah Bendera Asal. Menghina Jalur Gemilang sebagai Bendera Ciplak Amerika Syarikat. Mengugat keyakinan rakyat kepada kesahihan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Kita turut menyaksikan bagaimana pembangkang memainkan sentimen di Sabah. Cara gerak kerja pembangkang membuat kita sampai kepada kesimpulan bahawa mereka sudah lama 'merancang' untuk menggugat kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Akhirnya, semua itu membawa kepada 'keberanian' pihak ketiga menceroboh Lahad Datu.
Ini bukanlah tuduhan liar terhadap pembangkang. Cuba anda semua fikir sejenak. Renungkan kembali semua kempen-kempen negatif pihak pembangkang ke atas kemerdekaan negara, Jalur Gemilang, PDRM, SPR, SPRM dan ATM termasuklah institusi DiRaja.
Bagi mengelak insiden seperti Lahad Datu berlaku lagi, rakyat di minta berkerjasama dengan kerajaan pilihan Majoriti Pengundi pada PRU12.
Memusnahkan adalah mudah daripada membina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan