Jumaat, 22 Februari 2013

MANIFESTO BUKAN JANJI: ANWAR JANJI NAK JELKAN DIRINYA KERANA RASUAH.


PRU13 : Anwar berjanji Memenjarakan pemimpin Pakatan yang korup termasuk dirinya, 
SUBANG JAYA, 21 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia sekiranya terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang mengamalkan gejala rasuah dan korup, mereka bakal menerima hukuman keras termasuk di penjarakan. Beliau memberi amaran berkenaan kepada semua pemimpin parti, termasuk PKR, PAS, mahupun DAP. 
Anwar Ibrahim mengakui DAP PKR PAS banyak kekurangan pengalaman dalam pentadbiran, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan semua masalah pentadbiran peringkat nasional,  
"Kita tidak berkemampuan menyelesaikan semua masalah pada hari pertama, namun dalam setiap ceramah saya ... saya tidak dapat memberi jaminan untuk menyelesaikan kesemuanya." 
"Satu perkara, yang saya pasti akan selesaikan, saya akan hentikan pembolotan kekayaan negara bermula dari hari pertama," katanya (gambar) selepas merasmikan badan pemikir parti berkenaan, Institut Rakyat di sini. 
"Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dihantar ke Penjara Sungai Buloh ... lagipun bilik saya masih kosong," katanya merujuk kepada penjara beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat lewat pada 90an. 
Salah seorang daripada hadirin petang itu turut membangkitkan soalan berkenaan bagaimana rancangan PR bagi "menguruskan jangkauan", merujuk kepada pelbagai "janji-janji" yang ditabur pembangkang bagi menarik undi menjelang PRU. 
"Ia soalan yang kritikal. Betul, setiap bahagian, penganggur akan rasa mereka akan dapat kerja minggu depan, dan komuniti perniagaan akan merasakan mereka mempunyai peluang," kata Anwar."Ada banyak simpanan, namun ianya sukar ... "

JS PUNYA KOMEN: -

Di atas adalah petikan kiriman daripada cai Pokeyar.

Bermakna Anwar Ibrahim pun tak konpiden dah DAP PKR PAS akan menang dan mampu menunaikan semua janji-janji mereka.

Akhirnya Anwar Ibrahim guna modal nak JEL kan dirinya dan semua pemimpin DAP PKR PAS.

Itu sajalah yang Anwar Ibrahim mampu BERJANJI PUN.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...