Isnin, 4 Februari 2013

#BMP231 - DAP DI CABAR MELALUI SAMAN TERHADAP MAJLIS PEGUAM HARI INI.


















Dalam 14 902 orang ahli Badan Peguam Malaysia, adalah juga sekur peguam bernama Khairul Azam (Buzze Azam) yang ada telor nak jentik telor Majlis Peguam cawangan DAP.

Sebelum ini sebanyak 20 NGO bertindak menyokong Khairul Azam (Buzze Azam) dalam usahanya memperbetulkan kembali Majlis Peguam yang didominasi oleh puak-puak Sosialis didikan DAP.

Melalui KEMPEN BMP231 (Bersihkan Majlis Peguam - Hapuskan Hipokrasi Kembalikan Intergriti) yang diterajui oleh KERIS (Kelab Warisan Malaysia) mengakui betapa perlunya MAJLIS PEGUAM dikembalikan semula ke pangkal jalan. 

Tindakan 20 buah ngo menyokong usaha Khairul Azam (Buzze Azam) bukan bersifat kepartian, bukan berniat jahat tapi untuk menyedarkan semua orang awam bahawa Majlis Peguam sudah lama bias dan sudah terkeluar dari landasan asal penubuhannya di bawah Akta Profesion Guaman 1974.

Ceritanya bermula dari EGM Majlis Peguam adakan untuk menyokong Tindakan Ganas BERSIH 3.0. Semasa menghadiri EGM tersebut, Khairul Azam (Buzze Azam) mendapati terlalu banyak penyelewengan berlaku. Di mana orang luar pun boleh masuk ke dalam EGM tersebut dan mengundi. 

Tuntutan Khairul Azam (Buzze Azam) terhadap Majlis Peguam bukan bersifat meminta gantirugi tetapi bersifat 'membersihkan' perjalanan pentadbiran Majlis Peguam.

Jika Khairul Azam (Buzze Azam) berjaya dalam tuntutannya ini terhadap Majlis Peguam, inilah satu kejayaan buat semua rakyat Malaysia dan bukan kejayaan peribadi Khairul Azam.

Rakyat Malaysia perlu dibebaskan minda mereka dari melihat Majlis Peguam sebagai sebuah Badan Kebal Undang-undang dan tak boleh melakukan kesilapan.



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...