Rabu, 2 Januari 2013

SHAMSIDAR DIPERTAHANKAN ... AKAQ WAN JIJAH DIJERUKKAN.

TIADA GAMBAR.

Semasa Senator Nallakaruppan mendedahkan dan mengesahkan 'kenakalan belalai' Anwar Ibrahim, bertubi-tubi pihak sinun mencabar beliau agar bawa perkara itu ke mahkamah. Tapi Senator Nalla bijak. Di belitnya pencabar mereka sehingga bang Non terpaksa menyaman Nalla. Dalam prosiding sivil, pihak Plaintiff (pihak menyaman) kerja lebih banyak kerana terbeban untuk membuktikan kausa tindakannya. Berbeza dengan pihak Defendan (yang kena saman). Setiap bukti pembelaan pihak Defendan tidak boleh samasekali diprejudiskan oleh pihak Plaintif. Katamudah, Plaintiff tak boleh menghalang mana-mana orang di panggil sebagai saksi oleh Defendan di dalam pembelaannya. 

Semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dalam Kes Liwat II, tiada seorang saksinya pun mengadakan HIMPUNAN TAKNAK DATANG macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mengadakan HIMPUNAN SHAMSIDAR. Beriya sungguh dua ekor itu menghalang Shamsidar memberikan keterangan. Sepatutnya inilah PELUANG KEEMASAN kepada dua ekor itu untuk mem-BERSIH-kan nama mereka. Sepertimana mereka pernah mencabar Kak Ijat dulu. Dan sepertimana macai mereka mencabar DS Najib untuk hadir ke prosiding di Perancis yang tak pernah ada. 

Pada kali ini, dua ekor tu plak buat u-turn. Taknak buat perkara yang sama. Dua ekor tu takot nak JALAN CAKAP (Walk The Talk) tapi WALKING TALKING-cum-WALKIE TALKIE 'Lookie..lookie ..whose balls on the wallie' (Tengok..tengok...batu sapa tersangkut di pagar?). Nampak sangat sifat hipokrit dua ekor tu. 

Kenapa dua ekor tu takut sangat nak benarkan Shamsidar beri keterangan dalam mahkamah ?
Kalau takde apa-apa yang ditakuti oleh dua ekor tu, benarkanlah saja Shamsidar hadir dan beri keterangan.
Nak belit-belit, pusing sana, pusing sini , tipu kiri , tipu kanan ...untuk apa ?

Melainkan jika ada sesuatu yang hendak disembunyikan serta menjadi Rahsia Dalam Rahsia di antara mereka bertiga ekor. Kata omputih 'Skeleton In the Almari'

Himpunan Shamsidar sebenarnya amat pelik dan anih lah. Belum pernah lagi mana-mana Plaintif buat kempen sedemikian rupa. Tindakan sedemikian memprejudikan hak-hak Defendan untuk membela diri. Anwar Ibrahim sendiri diberikan ruang seluas-luasnya untuk membela dirinya dalam mahkamah.

Kenapa kini Anwar Ibrahim mahu memprejudiskan dan menzalimi hak orang yang di saman nya?
Lu orang fikirlah sendiri !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...