Jumaat, 4 Januari 2013

N.GOBALAKRISHNAN WAKIL RAKYAT NYUSAHKAN RAKYAT.

*TIADA GAMBAR SEBAB MALU DENGAN JENIS PEMIMPIN NYUSAHKAN RAKYAT*

Bila rakyat memilih awak tu menjadi pemimpin janganlah menyusahkan rakyat. 
Jangan menghamba abdikan rakyat
Jangan menipu rakyat.
Kasi rakyat kenyang dulu.
Kasi lepaskan rakyat dulu. 
Barulah mudah nak menang.
Bila dah menang, berkhidmatlah dan berilah perkhidmatan First Class kepada Rakyat.

Ramai pemimpin sekarang tabiatnya menyusahkan rakyat.
Terutamanya dari kelompok pakatam ahzab sasaulisma. 
Bila rakyat pilih mereka menjadi Wakil Rakyat, depa ingat dunia ini depa punya.

Laporan Utusan Malaysia-
PUTRAJAYA 3 Jan. - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam, hampir empat tahun lalu.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian sebulat suara selepas selesai mendengar hujah daripada pihak peguam dan pendakwaan.
Ini merupakan peluang terakhir Gobalakrishnan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 27 Julai tahun lalu dan kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 27 November tahun yang sama.
Jika hukuman itu dikekalkan, mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Gobalakrishnan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan oleh mahkamah dengan denda lebih daripada RM2,000, sekali gus dilarang bertanding dalam pilihan raya selama tempoh lima tahun.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130104/ma_02/Gobalakrishnan-dibenar-kemuka-rayuan-sabit-hukuman#ixzz2Gxbi2WRF 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...