Jumaat, 25 Januari 2013

#BMP231 - EVERYBODY TELLS YOU WHAT TO DO BUT NOBODY TELL BAR COUNCIL WHAT IT OUGHT NOT TO DO.



































Mutakhir ini, ramai pihak yang pandai memberitahu anda apa yang anda patut buat dalam hidup. Tapi belum pernah ada pihak yang memberitahu kepimpinan Majlis Peguam apa yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Akhirnya, tercetuslah satu Gerakan Kebangkitan Rakyat dinamakan BMP231. Langkah pertama mereka ialah mengadakan perhimpunan Aman di seluruh negara menuntut agar Hipokrasi Majlis Peguam dihapuskan dan intergritinya dikembalikan semula.

Tarikh 23hb Januari 2013, mencatitkan satu fenomena gelombang Kebangkitan Baru di kalangan rakyat. Ianya bukan hendak mencetuskan anarkis atau revolusi atau reformasi tapi mahu membangkitkan kesedaran kepada semua bahawa segala bentuk dan jenis Hipokrasi harus diperangi dan Intergriti tulin harus dikembalikan.

Institusi pertama yang perlu dibersihkan dari hipokrasi ialah Majlis Peguam. Itulah satu-satunya institusi milik rakyat yang diberikan oleh Parlimen sebagai hadiah.

Institusi inilah telah dipelihara dan diberikan perlindungan oleh Parlimen melalui Akta Profesion Guaman. Dengan harapan sebagai sebuah Institusi milik Rakyat ianya mampu menjadi pelindung dan benteng terakhir rakyat menyuarakan Hak-hak mereka dengan penuh Intergriti.

BMP231 telah memberikan tuntutan-tuntutan mereka yang di sebut DEKLARASI BMP231. 

Antara lain DEKLARASI BMP231 mahu Majlis Peguam dibersihkan dari unsur-unsur anarkis dan subversif. 

DEKLARASI BMP231 menuntut agar Majlis Peguam dikembalikan semula ke landasan asalnya yakni membela dan mempertahankan hak-hak rakyat tanpa memprejudiskan Perlembagaan.

Menurut peneraju kepada BMP231 , Kelab Warisan Malaysia (KERIS), selepas ini BMP231 akan menubuhkan sebuah Gerakan BAR COUNCIL WATCH dan roadshow ke seluruh negara untuk mengumpul aduan-aduan rakyat mengenai perkhidmatan Majlis Peguam.

Kini kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi boleh berbuat sesukahati mereka tanpa ada Rakyat yang mengkritik mereka. 

Kini Majlis Peguam perlu gentar dan tunduk kepada denyut nadi gerakan Kebangkitan Baru Rakyat.

Sudikah anda menyertai kami?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...