Isnin, 21 Januari 2013

#BMP231- THE DYING HOPE OF KIT SIANG & DAP.

#BMP231- BERSIHKAN MAJLIS PEGUAM.

DAP sebagai sebuah parti Dinasti Nepotis Politik berteraskan Anarki dan Sosialis Demokrat pada awalnya berjaya menipu dan mengaburi pengundi Cina Malaysia dengan janji-janji serta harapan-harapan palsu.

Bukanlah kerana Cina Malaysia ini tidak menyokong MCA atau tidak mempercayai Barisan Nasional. Tapi kerana naluri semulajadi manusia yang mudah tertarik kepada eskapisma untuk memperolehi peluang menaiktaraf kehidupan mereka. Serta keinginan merasa bebas melakukan apasaja tanpa ada sebarang sekatan. 

DAP hanya bergantung sepenuhnya kepada strategi membina kekuatan melalui cakap-cakap kosong sahaja. DAP tidak pernah berusaha untuk membuktikan 'cakap-cakap kosong' nya mampu menjadi sebuah Realiti yang membawa kebahagiaan dan kehidupan yang lebih baik kepada pengundi Cina Malaysia.

Bagi DAP, untuk berkuasa mereka perlu memaksa pengundi Cina Malaysia menerima idealisma mereka dengan paksaan. Bagi memastikan paksaan itu mempunyai impak, DAP perlu memangsakan pengundi Melayu dan India.

DAP menjadi vokal dan ekstrim untuk memberikan satu persepsi bahawa DAP hebat dan tak mampu dikalahkan.

Sejak 2008, itulah yang DAP lakukan di dalam Pakatan Ahzab Sasaulisma. Kesepakatan dengan PAS dan PKR bagi DAP adalah satu strategam politik bagi menunjukkan Dominasi Kuasa mereka kepada pengundi Cina ke atas pengundi Melayu dan India.

Hegemoni DAP dalam Pakatam Ahzab Sasaulisma dijadikan DAP sebagai 'bukti' bahawa DAP mampu mengembalikan maruah dan harga diri pengundi Cina Malaysia.

Tapi pada masa yang sama pengundi Cina melihat DAP lebih menuju kepada pembinaan dan hegemoni keluarga Lim Kit Siang berbanding pengundi Cina.

Dalam setiap tindakan dan ucapan, pengundi Cina Malaysia melihat bagaimana mereka dimanipulasikan oleh keluarga Lim Kit Siang. Hari demi hari pengundi Cina membuka mata mereka kepada pengumpukan kekayaan dan kekuasaan keluarga Lim Kit Siang dalam DAP. Sehinggakan bila sebut DAP ianya sama seperti Kow-tow kepada Lim Kit Siang dan keegoan Guan End anak beranak.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga gagal memujuk pengundi Melayu dan India untuk menentang pemimpin Melayu dan India sepertimana yang diharapkan oleh mereka berdua. 

Kebergantungan DAP memanipulasikan Majlis Peguam juga akhirnya menemui jalan buntu. Pengundi Cina Malaysia yang rata-rata gemar melabur dalam hartanah mendapati bahawa mereka sentiasa menjadi mangsa sebagai pembeli. 

Persatuan peniaga Cina Malaysia juga akhirnya menyedari bahawa aspirasi dan politik DAP akan menyebabkan mereka kehilangan pelanggan mereka dari Melayu dan India. Melayu adalah kumpulan pengguna/konsumer terbesar di Malaysia.

Melemahkan Melayu bermakna melemahkan Kuasa-Beli pengguna terbesar. Mengakibatkan pengecilan pasaran. Natijahnya, peniaga Cina Malaysia terpaksa bersaing lebih hebat di antara satu sama lain. 

Tiada peniaga Cina yang mahu rugi dalam perniagaan disebabkan oleh budaya Kiasu mereka. 

Lama kelamaan pengundi Cina Malaysia menghadapi dilema terhebat. Jika mereka meneruskan sokongan kepada DAP, mereka tahu dan sedar mereka membunuh perniagaan mereka sendiri.

Yang untung hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja.




1 ulasan:

Belia Bangkit berkata...

Salam, Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Mohon dipautkan blog budak baru belajar ini. tq.

http://beliabangkit.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...