Ahad, 8 Julai 2012

Masaalah Moral Membarah Di Kalangan Rakyat.

Kita kena berlaku adil lah. Kalau sebelum ini hamba mengkritik mengenai isu moral tak senunuh di kalangan pemimpin maka pada kali ini hamba menulis pula mengenai moral lagi tak senunuh di kalangan rakyat termasuklah hamba sendiri. Sambil kritik orang lain kita juga mengkritik diri kita sendiri, itulah pendirian hamba selama ini. memanglah ramai yang akan salah faham. 

Tapi takpa lah itu pun hamba sanggup tanggung. Asalkan kita tak menulis secara prejudis berlebihan dan membodek terlampau atau menulis untuk tunjuk Siapa Lebih Power dan Siapa Lebih Pemes. Apa yang penting ialah kita hendak membina sebuah Impian Terbaik dan Bukan setakat Bermimpi Yang Terbaik Sahaja. Impian dan Bermimpi tak sama maksudnya dalam bahasa Melayu. Kenalah faham mengenai perbezaan maksud di antara kedua kalimah tersebut. Samalah Perbezaan Di Antara Berjanji Ditepati walaupun di anggap bersifat logrolling Dengan Berjanji Untuk Dimungkiri. 

Kembali kepada tajuk artikel ini. Pertama jangan marah sebab hamba pun sedang mengkritik diri hamba juga dan kedua jangan melatah sebab mana ada yang sempurna pun di dalam dunia ini. Tapi kita semua di bawah satu amanah untuk menjadi bertambah baik dari sebelumnya bak kata DS Najib lagi Jadikan Hari Esuk Lebih Baik Dari Hari Ini" 

Contohnya ialah, jika semalam kita bergadoh dengan kawan-kawan, hari ini kita berbaik-baik semula waima lah apa orang lain nak kata pun.Walaupun kawan-kawan kita itu mengkhianati kita dengan mendedahkan segala rahsia peribadi kita kepada umum. Kita maafkan sahaja tapi selepas itu jangan lah kita bercerita lagi soal peribadi dan mengadu masaalah dengan kawan-kawan jenis macam tu. Barulah aman dunia. Janganlah kita membalas pula perbuatan itu dengan mendedahkan pula segala rahsia peribadi kawan-kawan kita itu walaupun kita mampu berbuat demikian Akan berpanjanganlah masaalah tersebut dan kita tak akan mampu mara ke hadapan. Kerana apa? Kerana ada yang lebih penting dari Kepentingan Diri Sendiri seperti Kepentingan Umum , Agama, Bangsa dan Negara. 

Jangan fikir bahawa perkara-perkara yang di anggap remeh-temeh tak mampu bergolak menjadi lebih besar sehingga mampu mengolakkan sebuah negara ! Sesekali jangan ! Sebab itulah kadangkala kerana atap bocor pun mampu mengalih sokongan sebuah kampung kepada pihak lain. Jangan atap dek kerana sebiji tayar pun mampu buat satu DUN dan PARLIMEN berubah sokongan. Malah sebab sebiji durian pun mampu mengubah sokongan satu negeri kepada seorang pemerintah. 

Di antara masaalah di kalangan rakyat Malaysia ialah terlalu mempercayai cerita-cerita sensasi tanpa menimbangkannya kembali. Sebagai contoh, kita selalu dengar cerita si polan kata si anu tunjuk geran setebal ini (ukuran digambarkan dengan mendepa tangan seluas-luasnya) dari bonet keretanya. Kamonlah ! Mana ada orang kaya mewah simpan geran dalam bonet kereta. 

Kita jarang bertanya kepada pembawa cerita. Kita kena pandai bertanya dan pandai mencelah ketika pembawa gosip bercerita. Bertujuan untuk menguji sejauh manakah kebenaran cerita yang di jaja oleh mereka. Hamba pernah dengar cerita dulu kononnya Pak Lah garu kepala bila diberikan taklimat mengenai perbelanjaan besar penyelenggaraan Putrajaya. Kemudian hamba tanya kepada pencerita ' Macaman Pak Lah garu kepala" Kemudian si pembawa cerita pun tunjukkan aksinya. Kemudian hamba bertanya "Kau ada ke dalam taklimat tu?" Pembawa certa kata 'Takde !" Jangan lu orang fikirlah sendiri kan. 

banyak lagi yang nak disebutkan tapi hama ada kerja lain nak buat lainkali kita cerita secara jujur. Jangan marah yea. Sama-sama kita perbaiki diri kita semua. Assalamualaikum wbt !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...