Khamis, 21 Jun 2012

PARLIMEN & DUN TERGANTUNG - KENAPA PUAK REPUBLIK PAKATAM MELATAH?

KUALA-LUMPUR:  Buletin TV3 menyiarkan secara ringkas dan pendek kenyataan Pengerusi SPR yang mahu mengelakkan berlakunya Parlimen Tergantung dan DUN Tergantung. Jika berlaku maka sudah tentulah akan menyusahkan rakyat jelata. Oleh kerana amalan demokrasi negara ini berdasarkan Siapa ada majoriti kerusi pihak tu akan menjadi kerajaan walaupun mempunyai majoriti satu kerusi di Dewan Rakyat dan DUN. Bagi mengelakkan wujudnya Parlimen tergantung dan DUN tergantung bilangan kerusi di Dewan Rakyat dan di DUN mestilah dalam bilangan ganjil.

Berdasarkan kepada peruntukan perundangan sedia ada , prosedur bagi Persempadanan semula adalah seperti berikut:-
Laporan Kajian Semula Persempadanan dengan syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.
Proses persempadanan bermula dengan arahan oleh Ibu Pejabat SPR kepada. Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai tempat pengumuman pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini.
Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.
Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.
Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.
Sekarang adalah masa paling sesuai untuk melakukan Persempadanan Semula bagi menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya Parlimen Tergantung dan DUN tergantung. Jika ini berlaku maka tiada pihak dapat menubuhkan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Natijahnya, rakyat dan negara terdedah kepada ketidakstabilan politik yang berkemungkinan besar akan membawa kepada kekecohan berpanjangan. Jika itu berlaku maka mudahlah campurtangan kuasa-kuasa aing terjadi. 

Persoalannya adakah puak kepala lembu Hitam Republik Pakatam akan bertindak rasional dan matang bilamana syor penambahan kerusi DUN dan PArlimen di buat? 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...