XAVIER JEYAKUMAR , ADUN yang terkenal kerana kuat tidur dalam sidang DUN Selangor. Pada kali ini beliau mahu agar SYABAS turut 'ditidurkan' daripada bercakap dan menyebarkan fakta mengenai penyusutan Rizab Air Bersih dan mengenai Krisis Air Mentah Selangor yang amat tercemar. Berikut adalah kenyataan Xavier yang di petik dari Keadilan Daily:-
“Kita ingin mengingatkan Syabas agar jangan terus menakut-nakutkan rakyat Selangor dengan pengumuman-pengumuman gangguan air yang palsu sejak kebelakangan ini kerana Kerajaan Negeri Selangor sedang memantau ‘tingkah laku’ Syabas .“Kita juga bertanggungjawab kepada rakyat Selangor yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat sedia ada agar mereka tidak terus ‘diperas ugut’ oleh Syabas dengan berita gangguan bekalan air sewenang-wenangnya,” tegas Dr Xavier dalam kenyataan medianya.“Kerajaan Negeri akan terus memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.“Kerajaan Selangor juga tidak teragak-agak untuk mengambil alih semua loji-loji air yang dikendalikan oleh Syabas atau Puncak Niaga bagi menjamin rakyat Selangor terus mendapat bekalan air,” kata beliau.“Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Projek Langat 2 yang bernilai RM6 bilion adalah terlalu mahal untuk ditanggung oleh rakyat dan ia hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni Umno yang mahukan projek ini diteruskan,” tambahnya.
SYABAS MERE ADUN TIDUR HEY ... hari ini kos RM6 billion tidak di tanggung oleh rakyat tapi kos Penstrukturan Semula akan di tanggung Rakyat jelata sampai berpuluh-puluh keturunan, Subsidi 20 meter padu air kepada rakyat Selangor kian menyebabkan merosotnya penghargaan kepada air. Sumber air di Selangor semakin tercemar. Ini tidak mampu dibersihkan oleh Republik Pakatam dengan hanya melakukan demonstrasi BERSIH ataupun dengan membuat ugutan politik kepada SYABAS.
HOI JEYAKUMAR ! Bangunlah dari tidur ! Rakyat Selangor kalau susah nanti ko cuma enak-enak tidur sahaja dalam DUN !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan