Khamis, 5 Januari 2012

PENDEDAHAN KELEWAAN KAK WAN JIJAH & PERANAN ISHAM RAIS.



Kerosakan berlaku kerana perbuatan segelintir perseorangan yang mendapat kepercayaan. Diburukkan lagi oleh tindakan sesetengah pemimpin Melayu dengan sengaja menambah nilai kerosakan sedia ada. Berdasarkan kepada pendedahan yang di buat oleh AIDC (klip video di bawah) , Lokman Noor Adam sendiri mengakui bahawa ada campurtangan George Soros. Dana-dana daripada George Soros disalurkan kepada ngo-ngo di dalam negara untuk menimbulkan huru-hara dan konflik.



Lokman Noor Adam mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Isham Rais menghasut golongan mahasiswa Melayu. Universiti Bangsar Utama (UBU) ditubuhkan oleh Isham Rais sejak kembalinya beliau ke tanahair. 

Si penghasut utama itu mempunyai aliran pemikiran yang tersendiri. Antara graduan UBU adalah peneraju kepada UMNO Reform. Isham Rais dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menghasut para mahasiswa. Tidak mustahil beliau turut diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin tamak dan bercita-cita tinggi di dalam UMNO.

Pada pandangan hamba penglibatan Isham Rais di dalam percaturan politik Melayu Islam lebih banyak merugikan Melayu Islam. 

Isham Rais tidak pernah mengandalkan bahawa beliau terikat kepada apajua nilai dan aliran pemikiran. Bagi beliau kehidupan ini tertumpu kepada 'pemberontakan dalaman' yang menjadi takrifan kepada pembebasan pemikiran dan tindakan seseorang. 

Sejak berumur 22 tahun sehinggalah beliau kembali ke tanahair, beliau pernah menjalani kehidupan sebagai seorang tanpa 'tanahair'.  Beliau cuba mentakrifkan semula nilai-nilai global. Bercita-cita membentuk semula pemikiran kritis dan rebelis. Beliau berhasrat menjadikan nilai pemberontakan sebagai nilai utama dalam kehidupan anak muda Melayu.

Beliau memandang UMNO sebagai lapuk dan tidak progresif. Malangnya beliau mencari tempat beliau dalam kehidupan ini melalui pendekatan ' tidak bertempat'.

Anak-anak muda Melayu yang telah dirosakkan oleh aliran pemikiran Isham Rais dan UBU amatlah parah. Malah kuasa politik Melayu Islam menjadi lemah gara-gara gerak kerja mereka. Terhakisnya kuasa politik Melayu Islam kerana mereka beranggapan bahawa keangkuhan dan kesombongan itu mampu melonjakkan Melayu menjadi lebih progresif. 

Mereka gagal melihat ke dalam budaya Melayu itu sendiri. Melayu Islam hanya mampu melonjak ke hadapan apabila Melayu Islam itu menyedari dan mengamalkan sepenuhnya budaya Melayu Islam yang merupakan budaya yang amat progresif.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...