Khamis, 5 Januari 2012

901- TINDAKAN ITU LEBIH PENTING DARI BERCAKAP.


Setakat pada saat ini. Hishamuddin sudah bercakap (Tun Faisal blog) Ismail Mina rakan Anwar Ibrahim sudah bercakap (GAP blog). Pemberi maklumat kepada Papa Gomo juga sudah bercakap (Papa Gomo Blog). Kumpulan agamawan pun sudah bercakap. 

Hari ini 5hb Januari 2012, di pihak Anwar sedang hebat melakukan gerak kerja untuk 901. Di pihak UMNO pula cukup hebat ..... hebat bercakap tak berhenti , tindakan tiada. Pemimpin UMNO sejak Pak Lah memang hebat dalam tunjuk pandai dari tunjuk kuat.


Jika hamba menteri KDN, hamba akan lakukan perkara-perkara berikut secara tegas:-
  1. Mengubah lokasi persidangan mahkamah ke tempat yang lebih selamat dan sukar di akses oleh para demonstran. Setakat hendak beri keputusan. Dalam sidang video pun boleh. Yea tak? Kemudian buat siaran langsung mengenainya. Biar semua rakyat tahu.
  2. Membuat reman selama 2 minggu ke atas semua kepala-kepala dan orang yang disyakki akan melakukan kacau ganggu pada 901.
  3. Menyelaraskan gerak kerja dengan semua pejuang maya.
  4. Mengadakan bacaan YaaSiin 41 serta majlis tahlil di setiap masjid selama 3 hari berturut-turut. Ini kerana majlis tahlil mampu menghindarkan bala bencana.
  5. Mengambil perintah mahkamah untuk injuksi tahanan rumah ke atas semua pemimpin politik pada hari itu.
  6. Mengambil perintah mahkamah melarang semua berada di lokasi dalam jarak 5 kilometer.
  7. Mengetatkan kawalan keselamatan di kompleks mahkamah Jalan Duta mulai sekarang.
  8. Mengetatkan perlindungan kepada Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah.
  9. Mempersiapkan Pelan Membantu peniaga yang bakal menerima kerugian.

Membiarkan pihak polis menangani bersendirian isu ini akan mendedahkan pihak polis kepada pelbagai fitnah mega. Semua pihak wajib mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan dalam memastikan gagalnya 901 ini. Takkan pak polisi sahaja kena hentam. Bagaimana pula kerahan askar Wataniah, RELA, penguatkuasa DBKL serta ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3.32 juta orang?


Jika tidak mahu ianya berlaku maka eloklah di buat tangkapan dan tahanan segera. Niat dan tujuan Anwar Ibrahim melancarkan 901 sudah terang dan jelas. PKR dan pakatan tidak berselindung lagi dalam hal ini. 


Jika dibiarkan sahaja tanpa ada tampak tindakan-tindakan tegas maka ini memberikan persepsi kepada rakyat jelata bahawa kerajaan BN adalah lemah dan penakut.


Sebagai pilihan terakhir, biarkan saja para demonstran mengamok dan melakukan kerosakan. Biarlah negara dalam keadaan huru hara selama tiga bulan. Tapi adakah itu tindakan yang bijak?

Biarlah menjadi cerdik bertempat daripada cerdik tapi hilang tempat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...