Isnin, 19 November 2012

POK NIK WAJIB BERTAUBAT ...



Pada Febuari 2012, Pok Nik minta bukti di atas dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa beliau mengkafirkan UMNO:-
Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?
KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.
Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.
"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.
Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:
"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.
"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.
"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."
Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.
Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Pada muktamar PAS ke 58, 18hb Nov 2012, Pok Nik sendiri yang memberikan bukti beliau megkafirkan dan memurtadkan UMNO, hipokrit bulsit punya Morsitdol Am PAS:-
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 
“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. 
Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.
Dan di bawah in pula Doa Bidaah Dhalollah yang PAS lakukan di stadium Mohamad IV Kota Bharu dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat siri ke 2 turut dihadiri Kit Siang yang berucap 
Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya  Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya  (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan  Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman  UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,  hamba Mu dan kepada negeri kami ini. 
Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami.  Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di  mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan  dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam  yang berkat.
Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu  bapa kami (diulang empat kali) melalui  perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu  mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu  Tuhan maha pengampun lagi maha kasih  sayang.
Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah  rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri  dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak  kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada  Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan  akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk  menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah...  Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN  Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam  PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam  perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu  sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.
Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di  dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan  Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan  begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah  untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13.
Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam  suasana yang tidak selamat di dalam dan luar  rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar,  cincang manusia dan begitu juga dengan  bermacam-macam jenayah dan begitu juga  dengan bermacam-macam rasuah.
Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh  UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu  Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan  UMNO tumbangkan BN
Rasulullah wa’alaa saidina muhammad wa’alaa  alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil  aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).
Dan kita patutlah berdoa begini sebagai Doa Balas:-
ALLAHUMMA YA LATIFFUN KHABIIR YAA QAAWWIYU 'ALIIM YAA KAARIM YAA SALAAM YAA HAFIDZU MUJIIBUUN DU'A
DI ATAS KEESAAN ZAT -MU
DI ATAS KEAGUNGAN AF'AL-MU
DI ATAS KEMULIAAN SIFAT-MU
DI ATAS KEINDAHAN NAMA-MU
DI BAWAH PEMELIHARAAN ASRASY-MU
DENGAN BERKAT SYAFAAT SAIDINA MUSTHAFA HAMBA-MU MUHAMMAD SHALLAHU-'ALAIHIS-SALAAM
YAA MAALIKI-YAU-MIDDIIN
IYYAKA-NA'BUDUU WA IYYAKA-NASTA'AIIN
KAMI MOHON PERLINDUNGAN DI BAWAH KEBESARAN DAN KASIH SAYANG-MU DARI SEGALA KEBURUKAN, KEMUDARATAN , BALA BENCANA & KEJAHATAN MUSUH-MUSUH KAMI YANG TERDIRI DARIPADA MANUSIA, JIN DAN SYAITAN
SESUNGGUHNYA YAA ALLAH - HU LEBIH MENGETAHUINYA DARIPADA KAMI
BERIKANLAH KAMI KESELAMATAN, KEAMANAN DAN PERLINDUNGAN MU YAA ALLAH - HU
MENANGKANLAH KAMI DAN TUNDUKKANLAH BAGI KAMI PARA MUSUH KAMI HINGGA PUNDAK-PUNDAK MEREKA TUNDUK PATUH KEPADA KAMI
YA ALLAH-HU GANTIKANLAH SEMUA DOA2 KEBINASAAN DAN KECELAKAAN YANG DILAKUKAN OLEH PAS, PKR & DAP KEPADA UMNO/BN DENGAN KEBAIKAN DAN MANAFAAT YANG LEBIH BAIK DARI ITU KEPADA SELURUH UMAT ISLAM, RAKYAT MALAYSIA, NEGARA INI DAN KEPADA UMNO/BN.
LAA-HAULA-WALLA-QUWWATA-ILLA-BILLAHIL-ALIYIL-ADZHIIM

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...