Rabu, 28 November 2012

HARI KEDUA MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN, POK NIK MASUK SEPITAL.

SIDANG AKHBAR OLEH TIGA ORANG NAIB PRESIDEN UMNO MENGULAS UCAPAN TPM TS MAHYUDDIN YASSIN

Mengikut tradisi, Perhimpunan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO dimulai dahulu. Semalam, TPM Mahyuddin Yassin merasmikan ketiga-tiga perhimpunan tersebut. Ucapan TPM TS Mahyuddin Yassin menjadi topik perbahasan dan perbincangan di mana menyentuh mengenai tiga isu pokok. Pertama mengenai ketidakmampuan pakatam ahzab sasaulis mentadbir dan memerintah negara dan isu doa kebinasaan pas.

Pucuk pimpinan UMNO membuat keputusan tidak akan membalas doa pas atas dasar sesama Islam. Namun semalam TS Mahyuddin di dalam ucapan perasmian perhimpunan serentak Wanita, Pemuda & Puteri UMNO berdoa seperti berikut , doa yang Hamba amat sukai:-

"Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd."

AMIIN !!!!

Semalam juga puak Budu cap 'R' turut melakukan onar bagi pihak pas. Punyalah biadap dan kurang ajor pepuak pas nie. Tak pernah nak menghormati Majlis pihak lain. Sentiasa mahu melakukan onar dan menunjukkan keras kepala gedebe mereka. 

Budaya Gedebe pas kelantan tak kan mampu selama-lamanya memertabatkan Islam dan mempertahankan Tauhid. Pemimpin UMNO Kelantan perlulah 'Slow-Talk' atau  'Budu-Talk' dengan puok pas deme. Sebabnya pepuak Budu ni hanya nak dengar cakap puak deme je. Cakap orang lain deme tak pakai.Tapi itu dah budaya mereka. Hanya mereka sendiri sahaja yang mampu mengubah sikap assobiyah terlampau mereka sendiri. 

Berdasarkan kepada maklumat sensasi terkini profil Tok Sidang Jendela Semasa Pok Nik dimasukkan ke wad hospital pakar HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BHARU pada jam 6.30 pagi tadi kerana SAKIT JANTUNG (STROK):-

MB KELANTAN NIK AZIZ DI SERANG SAKIT JANTUNG JAM 6.30 MINIT PAGI,KINI BERADA DI HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BAHARU KELANTAN.
Kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya.

Satu perkara yang perlu diingati setiap penyakit itu adalah Kafarah Dosa dan ALLAH TA'ALA MAHA ADIL.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...