Isnin, 12 November 2012

BILA CUKAI PINTU DIBAZIRKAN PAKATAM AHZAB SELANGOR UNTUK KEMPEN "ZON BERSIH' & "ZON HIJAU' YANG KARUT.

SALAH SATU CONTOH DI MANA AHLI POLITIK MENJADI TERLALU BODOH DAN EGOIS UNTUK MENGAKUI KEBODOHAN MEREKA SENDIRI DALAM BERPOLITIK.


Malaysia memang menghadapi masalah mempunyai terlalu ramai ahli-ahli politik yang dungu, bodoh dan egois dalam berpolitik. Terlalu sedikit di antara mereka yang mempunyai kecerdasan minda dan jauh sekali mempunyai impak positif kepada rakyat. Kebanyakannya adalah pemusnah dan bukan pembina. 

Ahli politik sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dan sentiasa bermanis mulut dan berhati baik waima berlakun sekalipun. 


Mesti pandai berlakon dalam serba serbi. Sebab itulah di pertengahan kerjaya mereka, mereka menghidap pelbagai jenis penyakit pelupa dan mudah nyanyuk serta cepat melatah.

Di penghujung pula mereka selalunya meninggal kerana penyakit-penyakit kronik. Akhirnya mereka hanya di kenang di atas kejahatan yang mereka lakukan. 

Begitulah yang bakal menimpa pemimpin pakatam ahzab. 

Ehh kepada pemimpin UMNO /BN pula? Mereka bukan ahli politik tapi mereka adalah pentadbir-pentadbir yang kadangkala nampak bijak dan selalunya kurang bijak. Tapi dalam situasi di mana kita alami kekurangan akut dalam kepimpinan bijaksana, maka pentadbir-pentadbir yang ada dalam BN adalah pilihan yang terbaik. Sebab kita tak mempunyai pilihan lain. 

Sejak pakatam ahzab tergugat dengan kempen 1 Malaysia yang dilancarkan beberapa tahun lalu, pakatam ahzab turut mengambil pendekatan yang sama melalui kempen ZON HIJAU dan ZON BERSIH. Papaniklan yang membawa mesej-mesej di bawah sedar kepada rakyat. Tapi setakat itulah sahaja kepandaian yang ada pada pakatam ahzab yakni bermain dengan perkataan-perkataan sahaja dan idea-idea yang bertaraf cerita dongeng sang pari-pari.

Bagi pakatam ahzab tindakan mereka adalah betul kerana pentadbir-pentadbir BN melakukan perkara yang sama dalam kempen 1 Malaysia. Di dalam perlumbaan kempen-kempen bersifat bodoh dan bangang ke tahap membingungkan akhirnya Dana Awam menjadi mangsa.

Papan iklan yang dinaikkan oleh Pakatam Ahzab di bawah ini sudah tentulah di bawah kelolaan dan kendalian PBT yang ada. Pada logika akal kita dapat membayangkan perbelanjaan dan kos papan iklan ini di ambil dari kantung perbendaharaan PBT-PBT yang ada. Salah satu sumber utama PBT ialah kutipan Cukai Pintu. 
PEMBAZIRAN NYATA YANG DILAKUKAN PAKATAM AHZAB DI SELANGOR KE ATAS CUKAI-CUKAI PINTU.
Tujuan Cukai Pintu di kutip adalah untuk membiayai segala kos dan perbelanjaan penyelenggaraan harta awam dan perkhidmatan bermutu tinggi kepada rakyat. Malangnya kini Cukai Pintu di anggap wang mak bapak Pakatam Ahzab yang boleh dibelanjakan mengikut sesuka hati mereka.

Apa manafaatnya papan iklan tersebut kepada rakyat? Rakyat tak buta huruf dan rakyat tak boleh manafaatkan papan iklan itu untuk kerja-kerja membersih longkang-longkang dan pengutipan sampah sarap. Pembaziran yang berlaku pula tidak boleh di jana kembali pula. Apa yang boleh dijanakan melalui papan-papan iklan yang tolol seperti itu?

ZON HIJAU - kempen Himpunan Hijau ke Putrajaya.

ZON BERSIH - Kempen lapan tuntutan BERSIH. 

Belum lagi termasuk pelbagai kos dan perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Pakatam Ahzab bagi memacakkan bendera-bendera bangang mereka di merata tempat. 

Perlumbaan-perlumbaan seperti inilah yang banyak merugikan rakyat jelata dan membazirkan Dana Awam.

Perkhidmatan yang sepatutnya dinaik taraf dan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik akhirya dibazirkan kepada kempen-kempen tolol kerana ketololan dan keegoan ahli politik sendiri. 

Selagi kita memberikan ruang, peluang dan kuasa kepada kelompok ahli politik tolol dan egois ini selagi itulah kita takkan mampu maju ke hadapan. 

Perlukah anda menaruh harapan kepada mereka yang tolol dan egois seperti kelompok Pakatam Ahzab ?




Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...