Sabtu, 13 Oktober 2012

SAYA JUMPA SOROS DUA TAHUN LEPAS BUKAN UNTUK MINTA DANA & GULINGKAN KERAJAAN.


Kuala Lumpur, 12 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan  memang benar beliau telah  mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang,  George Soros kira-kira dua tahun lepas ketika berada di New York seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pembangkang baru-baru ini, namun ia hanyalah satu pertemuan biasa.

Menurut beliau, pertemuan itu dibuat adalah di atas permintaan George Soros sendiri yang ketika itu ingin mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbual dengan beliau.

“Saya anggap pertemuan itu tidak jadi satu masalah. Saya jumpa Soros selepas Tun Mahathir bertemu dengan beliau. Ia bukan satu masalah besar, apa yang penting ialah apa yang kita bincangkan. Dan kita bukan berbincang untuk gulingkan kerajaan atau untuk meminta bantuan kewangan.

“Ianya hanya satu perbincangan biasa. Lagipun, beliau (Soros) yang minta untuk bertemu dengan saya dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan pertemuan itu,” jelas beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC hari ini.

Sebelum itu, Najib turut menjelaskan bahawa bajet 2013 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini mendapat respon yang positif daripada rakyat berbanding dengan bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan dua hari sebelum itu.

“Bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang tidak mendapat tumpuan, terutamanya daripada penilaian penganalisa ekonomi, yang merasakan bajet itu tidak dapat dipertahankan kredibilitinya,  termasuk dari segi kemampanan untuk melaksanakan segala janji-janji yang telah dimuatkan, sebab ianya boleh membawa kesan dan mudarat yang besar terhadap kewangan kerajaan dan keyakinan kepada ekonomi negara. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh pemimpin-pemimpin kita,” tegas beliau.

Justeru itu menurut beliau lagi, kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat mengenai apa itu 111 cadangan atau touchpoint yang tersebut di dalam bajet 2013   satu persatu dan kerajaan beriltizam untuk melaksanakan segala janji-janji yang telah dibuat.

Selain itu, Najib turut menyentuh isu kabinet bayangan Pakatan Pembangkang yang menurutnya, merupakan satu helah pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

“Dalam isu kabinet bayangan ini pun, mereka (pembangkang) bagi kenyataan yang bertentangan. Ada yang mendakwa itu adalah kabinet bayangan mereka dan masukkan di dalam blog. Dalam pada itu, ada pula diantara mereka yang kata itu bukan kabinet bayangan mereka. Ada yang kata kabinet bayangan ini tidak perlu dan hanya akan didedahkan kepada rakyat hanya sekiranya mereka memenangi PRU yang akan datang ini.

“Sebenarnya, ini adalah permainan pihak Pakatan Pembangkang untuk mengelirukan rakyat.Pada asasnya, kalau mereka tak boleh buat sesuatu yang memberi keuntungan politik kepada mereka, mereka akan cari pelbagai helah untuk kelirukan rakyat.

Dalam hal ini,  menurut Najib, menubuhkan kabinet bayangan merupakan satu keperluan dalam sistem supaya kabinet bayangan ini boleh menjadi satu punca atau asas untuk rakyat menilai pasukan pembangkang itu samada ianya berwibawa atau tidak.

“Namun dalam hal ini mereka tidak berbuat demikian, biarpun kabinet bayangan itu didedahkan namun ia boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut antaranya jelas bahawa kabinet bayangan tersebut tidak menunjukkan penyertaan yang seimbang dan menyeluruh. Ini termasuk  juga penentuan mengikut keluarga yang selalu dikatakan pada kita seperti nepotisme dan kronisme, namun apabila mereka melakukan perkara tersebut, mereka cuba pertahankan pula, ” ujarnya.

DI PETIK SEPENUHNYA DARI UMNO ONLINE.

KOMEN JS: Sejak didedahkan SUARAM kantoi dalam fitnah mengenai kes Scorpene , menerima Dana Soros dan kemenangan kes oleh 5 bekas tahanan ISA terhadap KDN dan bekas Ketua Polis Negara, didedahkan pertemuan DS Najib dua tahun lepas bagi menimbulkan kecurigaan dan kepercayaan kepada DS Najib. Tapi kira kantoi jugalah DS Najib berjumpa dengan Soros  termasuklah Tun Dr Mahathir. Bermakna ini mengurangkan impak kepada SUARAM MENERIMA DANA SOROS. Tak kisahlah apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Bagaimana pula dengan dakwaan JMM berkenaan kebocoran maklumat dan rahsia kerajaan kerana seorang pegawai kerajaan telah di rasuah oleh SUARAM menggunakan DANA SOROS?

Siapalah yang mengantoikan DS Najib berjumpa Soros

Welaweh lainkali buat kerja betul-betul jangan nak RM sahaja.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam bro. Biasalah. Penipuan yang diulang-ulang banyak kali kepada orang ramai akhirnya akan dipercayai.

Itulah propaganda namanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...