Ahad, 14 Oktober 2012

BETUL KE KENYATAAN SAIFUDDIN ABDULLAH MEMBELA SUARAM ?@saifuddinabd

saifuddin abdullah evidence act forum 2
Saifuddin Abdullah :- Politikus Yang Sering Di Salah Mengerti Kan. 
"Seorang Panglima Bukan Di Nilai Dari Berapa Ramai Musuh Yang Mampu Di bunuhnya Tapi Berapa Ramai Musuh Yang Mampu Di tawannya dan bertukar menjadi kawan"

Dalam kenyataannya yang di petik oleh Malaysiakini  , antara lain Saifuddin Abdullah menyebutkan:-
The Umno supreme council member said he is more keen on promoting BN as a “product” rather than criticising Pakatan Rakyat, Soros, or human rights NGO Suaram.
“If we show the downside of other people’s product, we can’t control its quality whereas we can control (the quality of) our products.
“What if Soros, whom we are condemning (now), comes up with a statement that suits us tomorrow or the day after? At the same time, Prime Minister Najib Abdul Razak too had a ‘secret’ meeting with Soros, in New York in 2010.Commenting on the issue, Saifuddin said this revelation was proof that promoting the BN would be better than condemning Pakatan Rakyat.
“That’s why I’m not too interested in attacking Soros or Suaram,” Saifuddin (right) told Malaysiakini after closing the Asli-organised conference in Kuala Lumpur yesterday. ....  
“That’s why I say so. I know elections are around the corner and we should campaign to win the support of the people.
“However, I’d prefer to talk about the values that BN can bring, rather than condemn others.
Setelah menerima banyak salah faham dan salah pengertian daripada ngo-ngo berkenaan dengan kenyataannya itu, Siafuddin Abdullah memberikan kenyataan balas dalam SINAR HARIAN.  Beliau memperjelaskan bahawa kenyataan beliau dalam Malaysiakini bukanlah bersifat membela Soros atau SUARAM. Antara lain beliau menyebutkan:-
"Saya bukan sokong  Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.
"Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada Sinar Harian Online, hari ini. 
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "kita perlu tingkatkan diskusi politik ke tahap yang lebih tinggi."
Katanya, dari segi strategi kempen BN pula, PRU13 banyak bergantung pada golongan pertengahan, yang terdiri daripada pengundi muda, profesional dan kelas menengah.
"Menurut kajian-kajian, mereka 30 peratus daripada pengundi; menilai dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik yang keterlaluan.
Sekarang jelas lah kepada Hamba bahawa Saifuddin Abdullah lebih berminat untuk menjual 'produk-produk' Barisan Nasional daripada terlalu melakukan Overkill ke atas Soros dan SUARAM. Dalam isu SUARAM ianya sudah jelas SUARAM SENGAJA DENGAN NIAT JAHAT MEMANIPULASI DAN BERBOHONG MENGENAI KES SCORPENE apabila YVES CHARPENEL telah memberikan kenyataan rasmi bahawa tiada kes perbicaraan Scorpene di Perancis. Selanjutnya adalah jelas apabila didedahkan pula melalui bukti dokumen bahawa kes saman sivil SUARAM sudah di tolak oleh mahkamah Perancis.

Berkenaan dengan pendedahan oleh JMM pula hamba juga berfikiran bahawa ianya sudah menjadi Overkill  Issue . Samada benar atau tidak SUARAM adalah pepatungan Soros masih menjadi suatu tanda tanya kerana tiada bukti lag diketengahkan . Yang ada adalah teori konspirasi sahaja berdasarkan kepada pendedahan JMM. 

Hamba turut bersetuju dengan sudut pandang YB Zulkiflee bila menyatakan dalam KLPOS :-
Ahli  Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan, Timbalan Menteri tersebut sewajarnya dapat membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".
Hamba cuma bersetuju bahawa isu SUARAM ini ialah mengenai satu pertubuhan haram yang menerima dana asing untuk menggulingkan kerajaan . Jika diteliti dengan kenyataan Saifuddin Abdullah dalam Malaysiakini ternyata Saifuddin Abdullah memberikan pengertian lain yakni tak perlu melakukan Overkill Issue kerana kenyataan YVES CHARPENEL ( The Star) :-
“I am aware about all the fuss kicked up by certain media (organisations) in Malaysia over this matter, but what I can say is that this is nothing more than a trial by the media,” - Yves Charpenel
telah membunuh fitnah jahat SUARAM. Manakala siasatan ke atas SUARAM oleh Pendaftar Pertubuhan dan SSM sedang rancak berjalan. Jadi tak perlu lah kita risau lagi kerana SUARAM SUDAH PUN TENGGELAM. 

Kalau hendak di kupas lebih lanjut mengenai kebijakan kenyataan kedua politikus tersebut ternyata tidak membawa sebarang faedah dan hanya mempersiakan kebijaksanaan yang ada pada keduanya.

Apa yang Saifuddin Abdullah mahu nyatakan ialah serangan ke atas SUARAM, setelah terbukti SUARAM hanya berbohong , dengan mengaitkannya dengan Soros adalah kurang bijak. Keresahan beliau terbukti kerana selepas itu didedahkan mengenai persepsi liar mengenai pertemuan DS Najib dengan Soros dua tahun lepas. 

Saifuddin Abdullah hanya menekankan bahawa isu SUARAM SUDAH SETEL DENGAN KENYATAAN YVES CHARPENEL dan SIASATAN KE ATAS SUARAM MENERIMA DANA ASING UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN DALAM PROSES. Oleh itu beliau berpendapat perlulah ditumpukan dan dipergiatkan lagi usaha-usaha menjual "Produk-produk polisi BN" kerana itu lebih menguntungkan BN dari segi sokongan dan politik.

Apabila PRU sudah semakin menghampiri adalah lebih baik BN menghindari persengeketaan politik dan lebih menumpukan kepada mempromosikan polisi-polisi BN yang bakal menguntungkan rakyat. Ini mampu mempengaruhi 30% kumpulan sasar yang disebutkan oleh Saifuddin Abdullah yang menjadi penentu kepada kemenangan dalam PRU 13.

Sekarang anda faham apakah makna Kebijaksanaan ?

2 ulasan:

C L J berkata...

KITA MEMANG SETUJU BAHAWA MEMBUAT SEBERAPA RAMAI KAWAN ITU ADALAH LEBIH PENTING. TETAPI KITA SENTIASA INGIN MEMPERINGATKAN KAWAN KAWAN SUPAYA SENTIASA BETUL BETUL SEMAK AGAR JANGAN ADA SEORANG PUN KAWAN YANG BOLEH TIBA TIBA MAKAN KITA DARI CELAH CELAH TULANG RUSUK KITA SENDIRI. ADA FAHAM KA ???

Jas Salleh berkata...

SAYA TAK NAMPAK MENGAMALKAN KEBIJAKSANAAN BERDASARKAN KEPADA ILMU MAMPU MENJADIKAN MANA-MANA KAWAN ITU MEMAKAN DARI TULANG RUSUK KITA MALAH KAWAN ITULAH YG MAMPU MENJAGA TULANG RUSUK KITA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...