Rabu, 12 September 2012

STRATEGI PKR MENGHASUT & NYUSAHKAN RAKYAT TERBONGKAR!

Minit Strategi PKR Yang DiDedahkan Oleh bloger mymassa 


Hasutan Gulingkan Kerajaan Melalui Demonstrasi 

Hasutan Kepada Rakyat Tiru ARAB SPRING

Lagi apa mahu cerita? Dah terang lagi bersuluh memang PKR kerjanya asik memfitnah dan menghasut rakyat. Sampaikan rakyat nak hidup selesa dan aman pun tak dapat sebab asik di hasut 24 jam oleh PKR suruh merusuh di jalanan. 

Antara lain hasutan PKR :-

Penceramah-penceramah(tukang-tukang sebar fitnah, penghasut dan pembohong terlatih) mereka diminta untuk tumpukan kepada 3 perkara dalam setiap ceramah mereka. Tiga perkara itu dijadikan kerangka besar dan penceramah diminta huraikan tiap-tiap perkara itu tanpa lari jauh dari kerangka yang diberikan.

  1. Negara Berpontesi
  2. Umno dan BN Rompak Kita
  3. Rakyat Perlu Bersatu Seperti Arab Spring Lawan Orang Yang Korup


Sekarang sudah jelas yang PKR tidak ada kekuatan sendiri untuk mendapatkan kuasa. Cara mereka hanya dengan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap musuh serta membangkit orang ramai bangun menjadi pemberontak semata-mata untuk mereka mendapatkan sokongan.

Perkara yang paling penting untuk menimbulkan kebencian orang ramai terhadap musuh adalah fitnah dan pembohongan. Dan dua perkara itulah yang menjadi sandaran utama PKR bagi membolehkan mereka terus hidup sehingga hari ini. Tetapi berapa lama mereka boleh hidup dengan pembohongan dan fitnah ?

Terima kasih kepada orang dalam PKR yang membocorkan rakaman audio diatas....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...