Selangor mempunyai 22 buah kerusi Parlimen. Pada PRU 12 lalu , BN hanya dapat mempertahankan enam buah kerusi. Empat dari UMNO, satu dari MCA dan satu dari MIC. Komposisi selebihnya seperti berikut:-
Anak-anak jati Selangor perlu lah ingat dan menyedari bahawa jangan sesekali membiarkan untung nasib kamu ditentukan oleh anak-anak penghijrah dari negeri lain hanya semata mereka menjadi Ketua Cawangan dan kebetulan pandai membodek dan mempunyai kenalan di peringkat atasan. Mereka tidak akan memikirkan kebajikan dan kepentingan anda. Mereka cuma menumpang rezeki sahaja. Mereka sesekali tidak akan memikirkan bagaimana hendak memajukan serta menjaga kebajikan kamu semua.
Jadi fikirkan dan pertimbangkan dengan baik-baik semasa mengundi. Renungkan sedalam-dalamnya kepada 22 orang ahli parlimen di atas .... bertanyalah soalan ini, berapa orangkah yang benar-benar anak jati Selangor? Hamba beri contoh yang benar-benar anak jati Selangor ialah Noh Omar, Noriah Kasnon dan Abd Rahman Bakri.
Pilihlah calon anak jati Selangor yang berbakat dan rajin bekerja.
Rajin-rajinlah bertanyakan asal-usul para calon.
Bertanya juga apakah ilmu yang mereka pelajari dan sejauhmanakah mereka mengamalkannya
Bertanya juga apakah pekerjaan mereka.
Bertanya jugalah mengenai pengalaman hidup mereka.
Bertanyalah juga siapa rakan-rakan mereka.
Bertanya juga mengenai ahli keluarga mereka.
Bertanya jugalah mengenai pengalaman hidup mereka.
Bertanyalah juga siapa rakan-rakan mereka.
Bertanya juga mengenai ahli keluarga mereka.
Bertanya jugalah apakah impian dan cita-cita mereka.
Bertanya jugalah ke mana arahtuju mereka bila berkuasa.
Ujilah calon-calon selagi anda termampu untuk mengujinya.
Adakah anda mampu melakukannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan