Jumaat, 10 Ogos 2012

UMAT ISLAM TIDAK DIGALAKKAN UNDI DAP.

UTUSAN MALAYSIA menerbitkan beberapa artikel mengenai pendapat ulamak bebas yang lebih dipercayai daripada Pok Nik dan Dewan Ular-Dalam Semak PAS. Isunya berkenaan umat Islam tak digalakkan mengundi DAP sekaligus menyeru umat Islam menjauhi PAS. Jika undi PAS itu bermakna turut bersyubahat mengundi DAP. Kenapa umat Islam tidak digalakkan mengunsdi DAP? Berikut petikan-petikan pendapat yang berkenaan. 
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Sebaliknya kata beliau, adalah menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga kebajikan orang bukan Islam yang menyatakan taat setia mereka.
"Kalau bukan Islam menyatakan dia menentang, tidak setuju, tidak taat setia, maka tidak wajib bantu mereka.
"Dalam konteks parti, kalau ia secara terang-terangan menyatakan penentangan terhadap Islam, berdosa orang Islam sokong. Kalau kita sokong juga ia seolah-olah kita sokong gerakan menentang agama sendiri," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas hukum orang Islam menyokong parti bukan Islam yang secara terang-terangan menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Semalam, Abdullah mengingatkan umat Islam tidak menyokong DAP kerana ia adalah haram dan berdosa memandangkan parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta hukum hudud.
Abdullah juga menegaskan, umat Islam tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP kerana ia akan turut membawa kemenangan kepada parti tersebut.
Abdul Rahman seterusnya berkata, dalam konteks DAP perlu dibezakan sama ada penentangan yang dinyatakan itu atas dasar parti atau bersifat individu.
Namun katanya, sokongan kepada individu atau parti bukan Islam yang terang-terangan menentang Islam tetap tidak boleh dan ia adalah berdosa.
"Mereka tidak boleh dipilih sebagai wakil orang Islam, berdosa kita sokong orang yang menentang kita balik. Kita bukan hendak bermusuh tetapi itu adalah asasnya," katanya.
Ringkasnya terdapat dua asas utama, pertama kerana jelas dan terang DAP berpendirian memusuhi dan menolak Negara Islam dan Hudud. Sikap permusuhan DAP sejak penubuhannya kepada Islam dan Hudud amat jelas ketara. Hanya Lebai PAS saja yang takotkan DAP. 

Kedua, pendirian pemimpin DAP memang mewakili pendirian parti tersebut. Ini jelas terang nyata bilamana Karpal Singh mengatakan sedemikian dalam setiap kenyataannya berkenaan isu Hudud dan Negara Islam. Tidak seperti MCA dan MIC yang lebih menyatakan taat setia untuk berkerjasama dengan pemerintahan Islam.

DAP sentiasa konsisten dalam pendiriannya menolak Islam, Negara Islam dan Hudud sejak penubuhannya. DAP tidak pernah menyatakan kesediaan mereka untuk bertaat setia kepada mana-mana pemerintahan Islam di negara ni. Karpal Singh pernah menegaskan dalam Parlimen bahawa Negara ini Bukan Negara Islam sebagai menyatakan pendirian DAP menolak Islam, negara Islam dan hudud. 

Kesimpulannya Undi PAS ialah syubahah mengundi sekutunya DAP kerana jika PAS menang PAS akan bersengtongkolan dengan musuh Islam yakni DAP !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...