Jumaat, 3 Ogos 2012

SPEKULATIF BAHASA RAYUAN KARPAL TAK RETI BAHASA DI TOLAK.

Sikit ulasan dan pandangan kritis ke atas penolakan rayuan Karpal Singh. 

Alasan yang dikemukakan oleh Karpal Singh mengenai spekulatif Pemahaman Bahasa Kebangsaan tidak di terima oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan. 

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pendakwaan atas tuduhan mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb, 2009.

Pada 20 Jan lepas, panel Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Maarop, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Skinner membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Karpal dan memerintahnya membela diri terhadap pertuduhan itu.

Karpal kemudian memfailkan permohonan kajian semula di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan 20 Jan itu tetapi tidak berjaya apabila panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Md Shariff menolak permohonan itu pada 5 April lepas.

Antara lain alasan Karpal Singh ialah kegagalan kuorum berdasarkan spekulatifnya mengenai pemahaman bahasa kebangsaan oleh salah seorang panel hakim Mahkamah rayuan. 

Hujah dan alasan Karpal Singh tidak di terima kerana ianya hanya bersifat spekulatif tanpa bukti kukuh. Mahkamah tidak menerima spekulasi. 

Akhir kalam, Karpal singh yang jenis tak reti bahasa kerana terlalu beremosional semasa insiden. Belaiu fikir majoriti rakyat berjiwa sosialis sepertinya. Malangnya ini bukan sebuah negara sosialis. Ini ialah sebuah negara berdaulat yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang di ubahsuai mengikut adat dan budaya tempatan. 

Begitulah nasib seorang yang amat celupar dan jenis Tak Reti Bahasa.

DAP MUSUH ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS GADAI HUDUD , ISLAM & MELAYU 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...