Petikan dari laman Myanmar Ethnic Rohingyas Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) :-
“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku” [H.R At-Tabrani]TERINI… Masjid dibakar!!Terkini…24 july 2012 …peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya…Masjid tempat beribadah hangus dibakar!Kirimkan doamu teman…kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa… Hanya itu yang dapat kita lakukan…Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan antara umat Islam Rohingya dan penganut Buddha etnik Rakhine di Myanmar. Menurut berita yang dikeluarkan, sejak 3 Jun 2012 yang lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis bersama etnik Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya menyebabkan ratusan yang terbunuh.Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar…
Menurut maklumat yang didapati, sebenarnya, isu Muslim Rohingya baru-baru ini bukanlah satu perkara baru dan ia sebenarnya telah lama dialami oleh masyarakat muslim di Myanmar, khususnya etnik Rohingya ini yang merupakan satu etnik daripada 153 etnik di Myanmar, yang beragama Islam.Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.
Kita tidak boleh mendiamkan diri melihat saudara seagama yang begitu hampir dengan kita diperlakukan sedemikian rupa. Kekejaman itu mestilah dihentikan. Persatuan Buddha Malaysia perlu menyeru agar etnik Rakhine berhenti menyiksa dan membunuh Rohingya. Pelaku jenayah wajar dibicarakan. Kemusnahan hartabenda wajib diberikan gantirugi oleh kerajaan Myanmar.
Kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu kerana kerajaan Indonesia juga turut menyatakan bantahan mereka kepada rusuhan kaum dan agama di wilayah Arakan/ Rakhine Myanmar Utara. Kerajaan Siam perlu di desak campur tangan dalam urusan ini.
ASEAN perlu bersuara dan keganasan terhadap puak Rohingya perlu diberhentikan dengan segera!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan