Rabu, 15 Ogos 2012

GEMPAR ! DS NAJIB JUMPA ULAMA TERSOHOR & OIC AKAN SELESAIKAN ISU UMAT ISLAM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa OIC di Mekah, semalam. Turut hadir Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi (kiri) dan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa.

Sebelum ini puak komunis 'Blacks-Out!" Pakatam menaburkan fitnah jijik mengenai pemergian DS Najib dan isteri ke Mekah. Kata mereka, DS Najib dan isteri nak meNajib dan inunjuk-nunjuk. Ternyata pemergian DS Najib & isteri ke Mekah rupanya telah dirancangkan terlebih dahulu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC yang di panggil oleh Raja Abdullah Abdul Aziz. 

Mesyuarat membincangkan dua permasaalahan kontemporari uamt Islam yakni masaalah perang saudara di Syria dan masaalah pergadohan antara umat Islam Rohingya dengan kaum Rakhine di Myanmar. 

Utusan Malaysia melapurkan:-
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selama dua hari yang bermula hari ini sebagai pertemuan istimewa dan tepat pada masanya.
Perdana Menteri berkata, mengambil semangat Ramadan serta berlangsung di kota suci, Malaysia berharap OIC dapat merumuskan keputusan penting berkaitan permasalahan umat Islam yang berlaku ketika ini terutama melibatkan Myanmar dan Syria.
Katanya, mesyuarat yang dipanggil oleh Raja Abdullah Abdul Aziz itu memerlukan ketegasan OIC untuk mengambil langkah lebih positif bagi menangani permasalahan umat Islam di Syria dan Myanmar.
''Perbalahan yang serius sedang menimpa rakyat Syria yang memerlukan OIC mengambil tindakan lebih tegas, bukan sahaja tindakan politik tetapi tekanan dan tindakan tertentu untuk menyelamatkan keadaan di Syria," katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.
Syria, salah sebuah daripada 57 negara anggota OIC kini sedang bergelut dengan peperangan antara pihak kerajaan pimpinan Bashar Assad dan pemberontak. Ramai penduduk awam terbunuh dalam konflik tersebut.
Ditanya mengenai kemungkinan Syria disingkirkan dari OIC seperti yang dilakukan oleh Liga Arab, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian dalam mesyuarat yang akan berlangsung mulai malam ini.
''Setakat ini mood dalam persidangan nampak menjurus kepada pendirian yang hampir sama dengan Liga Arab," katanya.
Perdana Menteri berkata, kemelut yang melanda umat Islam di Myanmar dan Syria tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Sementara itu, menjawab soalan dalam satu temu bual khas dengan stesen televisyen Huda TV, Perdana Menteri berkata, Malaysia setakat ini telah menghantar pasukan khas untuk membantu pelarian etnik Rohingya akibat keganasan yang meletus di Rakhine.
Pada masa sama, Malaysia akan meneruskan tekanan politik serta mendapatkan penglibatan pertubuhan hak asasi manusia untuk memainkan peranan lebih penting.
Katanya, OIC perlu bertindak sebagai satu suara yang mewakili masyarakat Islam seluruh dunia. - Utusan

NAJIB Tun Razak mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, semalam. Turut hadir Tokoh Ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali (kanan) dan Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi (kiri). - BERNAMA

DS Najib dilapurkan kerajaan Malaysia sanggup memberikan komitmen tinggi dengan menghantar pasukan khas bantuan kepada umat Islam Rohingya. Selain dari itu, OIC akan bertindak sebagai satu suara dalam semua masaalah umat Islam. Di samping itu Malaysia akan meneruskan tekanan politik dan mendapatkan penglibatan pertubuhan hak asasi manusia untuk memainkan peranan yang lebih penting bagi menangani masalah umat Islam Rohingya.

Dalam pertemuan dengan para ulama tersohor, DS Najib berbangga kerana ulama-ulama tersohor di sini menyanjung tinggi peranan Malaysia untuk memperjuang dan menjaga kepentingan Islam sama ada dari segi akidah dan perekonomian semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, mereka menganggap Malaysia sebuah negara yang berjaya memperjuangkan Islam. ‘‘Saya berasa bangga bahawa mereka yang begitu terkenal dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengaruh di sini menganggap Malaysia berjaya memperjuangkan Islam untuk diiktiraf sebagai model negara Islam," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Lima ulama yang turut hadir ialah Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali dari Al Qassim Province, Arab Saudi; Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi; Ketua Hakim Mahkamah Mekah, Sheikh Saleh Al Duwaish; Pengerusi dan ahli lembaga pengarah 13 saluran tv Al Majd dan Al Huda dan Sheikh Dr. Abdul Rahim Mulazadah yang juga Penasihat Wessel Tv Channel London. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib menyifatkan pertemuan seperti ini dapat menterjemahkan prinsip beliau serta kerajaan bahawa ulama dan umarak perlu memupuk hubungan yang baik bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara supaya dapat memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.
‘‘Mereka juga berbesar hati dari segi lawatan peribadi ke Malaysia dengan melihat perkembangan yang amat positif dalam usaha Malaysia memerangi kemiskinan terutama kejayaan yang dicapai oleh Felda sebagai bentuk pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan," katanya.
Di samping itu, ulama-ulama berkenaan juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama tetapi telah dapat menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
‘‘Daripada situ (Islam sebagai agama Persekutuan), kita dapat melaksanakan dasar-dasar untuk meninggikan syiar Islam dan tuntutan Islam tanpa menafi hak orang bukan Islam menganuti agama masing-masing," katanya.
Pada pertemuan itu juga beliau menjelaskan pegangan Malaysia kepada konsep wasatiyyah sejak dulu hingga sekarang selari dengan kehendak Islam di mana kesederhanaan inilah yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.
‘‘Mereka juga menghargai bahawa di peringkat enakmen negeri telah mentafsirkan Islam sebagai Sunnah Waljamaah yang dengan ini kita dapat mempertahankan kesucian Islam dan dengan itu tidak berlaku kemungkinan timbul apa-apa unsur yang boleh membawa konflik atau kerosakan akidah," katanya. - Utusan
Mau bernanah telinga puak Lebai Budu dengan berita ini. Tuan Syeh AL juburi Ketua Umum PKR dah tak laku ke di pasaran ulama tersohor sekarang? Sebab Tuan Syeh Al Juburi senyap sunyi je tak bercakap sepatah haram pasal umat Islam Rohingya.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...