Sabtu, 11 Ogos 2012

FAKTA PEMECAH KEBUNTUAN POLITIK BENGAP MALAYSIA.

OLEH KERANA KINI BEGITU BANYAK KEKELIRUAN DAN KECELARUAN YANG TIMBUL AKIBAT CARA BERPOLITIK STAIL KOBOI NAK ROMPAK BANK; kita di pihak Melayu Islam dan komuniti Cina, India serta Pribumi Sabah & Sarawak terlepas pandang banyak perkara. Akibatnya, rakyat di bawah yang tak pernah bermimpi dan teringin nak duduk di kerusi-kerusi empok di semua SUK dan di Putrajaya menerima bahananya. 

Fakta yang ada membuktikan bahawa komuniti Cina dan India hidup makmur dan tidak di ganggu oleh orang Melayu/Islam pun selama ini. Berbeza halnya dengan apa yang terjadi di Singapura di bawah PAP. Mengambil pelajaran daripada pengalaman orang Melayu di bawah pemerintahan bercorak Budaya Politik Dinasti, kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana rakyat hidup tak begitu selesa. Kini budaya seperti itu hendak dilaksanakan oleh DAP, PKR dan PAS. 

Kita membicarakan budi baik dan layanan mesra orang Melayu kepada komuniti Cina dan India selama ini. Malangnya apabila DAP dilahirkan, layanan itu di anggap remeh dan menyusahkan oleh teraju DAP yang angkoh dan bongkak untuk berdominasi secara Politik Dinasti. Keadaan bertambah teruk bila PKR ditubuhkan dan PAS yang sentiasa menjadi duri dalam daging.

Akhirnya rakyat keliru kemanakah halatuju politik negara di masa depan. Lihat apa berlaku berkenaan perkecohan yang tak sepatutnya timbul kerana Tema Kemerdekaan. Kini ada empat Tema Kemerdekaan! Yang mana satu rakyat nak ikut?

Melihat realiti di Parlimen pada masakini pun sepatutnya boleh menimbulkan keinsafan kepada semua peringkat kepimpinan orang Melayu Islam. Malangnya, ada seorang dua sahaja yang insaf manakala yang lain masih nak berebut mengejar impian jadi PM. 

Ahli Parlimen Melayu Islam hanya seramai 131/222 orang sahaja. Taklah ramai sangat pun. Boleh lah dimuatkan dalam sebuah bangunan sekolan rendah jenis kebangsaan di ulu kampung.Tapi Masya-Allah, punya lah eksyen dan berlagak balaci-balaci mereka. Masih tak insaf-insaf jugak. 

Bilangan Ahli Parlimen Melayu Islam pun masih kurang 17 orang kuota untuk mencapai 2/3 majoriti di Parlimen. Buatlah formulir macamana pun tetap tak dapat 2/3 majoriti. Tapi itupun yang ada masih nak bertekak bertegang urat leher tak nak bekerjasama di antara satu sama lain. Walaupun ada pihak yang masih membuka pintu kerjasama tapi yang lain ni kepala hotak mereka masih penuh dengan cairan alkohol yang memabokkan. 

Jadi jelaslah kepada kita bahawa seruan PAS GANTI UMNO dan RETORIK HUDUD sekadar strategem politik yang merugikan Melayu Islam sebenarnya. Buat camana pun tetap PAS tak mampu nak kuasai 2/3 majoriti di Parlimen dan di semua DUN untuk melaksanakan Hudud. 

Tapi jika Ahli Parlimen Melayu Islam dalam PKR dan PAS sanggup berkerjasama dengan UMNO dan PBB maka tak mustahil Hudud boleh dilaksanakan. Bahkan negara ini akan mencapai kegemilangan kedua.

Alangkah baiknya jika semua pemimpin politik Melayu Islam dapat melupakan dan saling memaafkan di antara satu sama lain. Tidak berdendam dan mengembalikan semula hak-hak masing-masing yang telah dicerobohi akibat sikap bodek membodek di kalangan balaci-balaci mereka.

Jika masing-masing tak mampu berbuat demikian maka seeloknya mereka berundur dan biarlah digantikan dengan pelapis-pelapis masing-masing yang masih takda apa-apa permusuhan di antara mereka. Biarlah para pelapis muda dan baru memulakan pertalian dan persefahaman yang segar dan baru. Maka menjadi amanah dan tanggungjawab bersama para pelapis untuk memperbetulkan keadaan dan mengembalikan semula hak-hak masing-masing di tempat yang sepatutnya. 

Jangan diwarisi permusuhan peribadi kepada generasi baru. Itu amat merugikan semua pihak. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...