jabatanpenerangan.
Intipatinya dalam klip video di atas ialah Pengorbanan Kepentingan Individu kepada Kepentingan Agama Bangsa & Negara. Inilah yang selalu Hamba berlaga angin dengan kepala-kepala grup lain. Hamba lebih menekankan kepada Pengorbanan Kepentingan Individu dan meletakkan keputusan secara musyawwarah dan bukan terletak kepada segelintir kepala-kepala yang pentingkan diri mereka dan poket mereka sahaja.
Dalam keadaan sekarang perubahan yang dikehendaki ialah Keputusan dan Kata Pemutus itu Bukan Terletak kepada Beberapa Orang Kepala-kepala. Wajiblah tiada Pra-Keputusan. Kata Sepakat Hanya DiPerolehi Melalui Musyawwarah. Bukannya Memaksakan Keputusan Kepala-kepala ke atas lain. Itu adalah salah.
Video klip ni telah diajukan kepada Hamba oleh beberapa rakan bloger lain. Bagi Hamba Berapa ramaikan di kalangan kepala-Kepala Grup Yang Ada Benar-benar Faham Bahasa Tun Dr Mahathir tersebut?
Kerana pengalaman selama 4 tahun dengan kepala-kepala grup lain , Hamba mendapati Kepala-kepala Grup hendak orang lain bekerja untuk kepentingan mereka sahaja. Mereka hendak orang lain berkorbankan kepentingan diri tetapi Kepala-kepala Grup Enggan Melakukan Pengorbanan Yang Sama.
Hamba dapati juga ada keputusan-keputusan yang tidak di bawa berbincang dan keputusan-keputusan tersebut dicemari oleh agenda-agenda peribadi kepala-kepala grup.
Satu pertanyaan Terbuka Kepada Semua Kepala-kepala Grup .. Sampai Bila Korang Nak Reti Bahasa Tun Dr Mahahtir ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan