Rabu, 11 Julai 2012

@SukanMsiaXVPhg PASUKAN SILAT PAHANG MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI #MGamesXV


TEMERLOH, IKBN, Kg Bongsu , Lanchang 10 Julai, 2012: Acara Akhir kategori Silat Seni Kreatif Solo/ Regu Putera / Puteri telah berlangsung pada malam kelmarin. Bermula dari jam 9.00 malam dan berakhir pada hampir jam 1.00 pagi. Sebanyak empat pingat emas ditawarkan dalam acara akhir tersebut. Berlaku gangguan anih yang boleh disifatkan sebagai kejadian misterius apabila bekalan elektrik selama tujuh minit. Anihnya kerana hanya semua lampu-lampu limpah di dalam dewan pertandingan tiba-tiba terpadam sendiri. Kepantasan bertindak pasukan teknikal berjaya mengatasinya dalam masa begitu singkat. Keadaan pulih dengan segera tanpa menjejaskan pertandingan dan peserta. Tahniah kepada pegawai dan petugas teknikal dan pengurusan sekretariat yang begitu cepat bertindak dan mengawal keadaan. 

Kejadian Anih & Misterius Bilamana Lampu-lampu Terpadan Sendiri.
Hanya Berlaku di dalam Dewan. Di Luar dewan semua lampu terang benderang.

Keadaan Berjaya Dipulihkan Dalam Tempoh singkat Oleh Petugas Teknikal & Pegawai Sekretariat.

Mungkin itu adalah petanda bagi satu kejayaan luarbiasa yang tercipta pada malam tersebut. Satu sejarah tersendiri telah berjaya di cipta oleh pasukan Silat Seni Pahang. Kesemua empat pingat emas telah di bolot habis oleh pasukan Silat Seni Kreatif kategori Solo Putera/ Puteri dan Regu Putera/ Puteri. Siapa sangka anak-anak muda / mudi Pahang mampu mencipta sejarah tersendiri. Kemampuan dan semangat atlit muda pasukan Silat Seni amat membanggakan. Memang membanggakan apabila dewan bergema dengan lagu negeri Pahang sebanyak empat kali berturut-turut.

Juara Silat Seni Kreatif Solo Putera 

Juara Silat Seni Kreatif Regu

Juara Silat Seni Kreatif Solo Puteri 

Juara Silat Seni Kreatif Regu Puteri 

Pasukan  Silat Seni Kreatif Solo/Regu Putera/Puteri Pahang dengan Pingat emas Yang dimenangi oleh mereka Tahniah Anda Semua Memang Mantap !

Kesemua peserta menunjukkan persembahan yang begitu mengujakan dan terbaik. Diiringi oleh kumpulan gendang dan serunai yang mengalunkan irama rentak pencak Silat yang menaikkan semangat. Aluan gendang dan serunai silat dimainkan dengan penuh seni dan mengasyikkan.


Kumpulan Serunai & Gendang Silat

Para atlit mempersembahkan kemahiran gaya dan teknik menarik menggunakan senjata-senjata tradisi seperti keris, kayu panjang, tekpi, pedang panjang, parang, sundang dan sabit.


Senjata Tradisi Pahlawan Melayu Yang digunakan Semasa Persembahan.

Antara Aksi Menarik Para Atlit Seni Silat Kreatif 

















 Acara digamatkan dan diceriakan oleh gelagat-gelagat para penyokong masing-masing.



Di sampin itu aktiviti peniaga turut menjadi tumpuan di luar dewan 



Huh .. rugi tak tengok dan datang sendiri ke tempat pertandingan, Macam-macam ada dan suasana sentiasa gamat dan amat mengujakan melihat gelagat para penyokong dan persembahan bersemangat dan bersungguh daripada para atlit. 

Jadi apa tunggu lagi? JOM KE ACARA PENCAK SILAT SUKMA XV. Tak jauh dekat. tak percaya? Meh tengok gambar ini.






SUKAN MENJANA PERPADUAN 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...