Angin Takde Ribut Takde, tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu kegemparan!. Sepasang Ninja sesat telah melakukan serangan ganas ala Rambo-Die-Hard di perkarangan kompleks B JPM Putrajaya dengan hanya sebilah Pedang Samurai.
Motif sebenar yang mendorong dan mencetuskan serangan ganas tersebut masih di siasat oleh PDRM. Siasatan awal mendapati penyerang lelaki mendakwa dirinya adalah imam Mahdi.
Utusan Malaysia melapurkan bahawa ayah kepada penyerang mendakwa anaknya menjadi begitu akibat kerana dirosakkan oleh pembangkang.
Siapakah sasaran utama penyerang Ninja sesat tersebut?
Berikut adalah koleksi lapura-lapuran awal mengenai kejadian tersebut yang sempat di kutip oleh Hamba.
(1) KENYATAAN RASMI PDRM. (Boleh didapati Di laman Fesbuk PDRM)
(2) UTUSAN MALAYSIA.Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan Daerah Polis Putrajaya.Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.AnggotaMPV sampai dan cuba membantu untuk menahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.Kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.Siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.
(3) PORTAL BERITA INTERNET - AGENDADAILY.
(4) BLOG.Lelaki yang mengamuk bersama seorang wanita di Kompleks B ,Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekitar 2.30 petang Isnin dan cedera ditembak oleh polis telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk rawatan di Hospital Putrajaya. Dalam kejadian itu suspek dan wanita berkenaan yang turut ditembak menyerang mengunakan pedang samurai menghentam kenderaan milik kakitangan JPM di situ dan mendakwa dirinya IMAM MAHADI.Komplek B,JPM ialah bangunan yang terletak seberang jalan berdekatan dengan kompleks utama JPM iaitu Perdana Putra yang mengandongi pejabat Perdana Menteri.Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun.Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.Beliau memberitahu kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai."Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.Sebelum itu laman Facebook Polis Kuala Lumpur dalam posting awal mengenai kejadian itu berkata :Suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.Bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala suspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.Suspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di hospital Putrajaya.-9/7/2012BERITA SEBELUM INIMacam-macam... petang Isnin di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kecoh seketika selepas seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut dengan membawa pedang samurai.Kejadian amuk tersebut bermula apabila seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.-9/7/2012
LABUN CIKGULIN - Menyusun kronologi Kejadian dan sumber-sumber berita laporan mengenainya.
KAMALUDDIN'S BLOG - Membongkarkan Identiti Penyerang dan Akaun Fesbuk Penyerang dan nota-nota terakhir yang di tulis oleh penyerang yang mungkin ada kaitan dengan serangan yang dilakukan olehnya, antara lain :-
RMF7 - Klip Video Berdurasi 4 minit 02 saat mengenai kejadian Tersebut.by Jaya Negara on Thursday, June 28, 2012 at 12:45am ·Hambali yang budiman, apakhabar kamu sekarang? Pastinya kamu buat semua yang aku suruh…. tahajjud dan puasa.. Ya sekali lelah tak pa….. Jiwa kena bangkit.. Kamu akan berjuang bersama kami dibarisan hadapan. Kamu akan mengetuai barisan hadapan Akhir Zaman.Popai aku belum salah dalam menilai manusia…. jika kamu menolak dan tidak mahu aku seret bersama-sama kami. Kamu manusia bodoh. Popai kamu cukup semua apa yang ada untuk jadi pemimpin. Kamu tahu kamu mampu cuma kata…. biar ALLAH menentukan. Gila apa manusia.Kamu makan banyak2 sampai sakit perut. Habis bertabur semua taik-taik kamu.Kamu mahu Allah cuci semuanya. Kamu buat apa?.Segala makan minum ALLAH sediakan… telah cukup semuanya..gilah Makan dan berak itu aja. Siapa tuan siapa hamba? Siapa makhluk?Gila apa manusia. Pastinya kamu sendiri yang cuci sampai bersih.Kamu fahamkan? Pastinya.Salam jumpa lagi Bye
PAPA GOMO
JS:- Nilaikan dengan Baik dan tanpa Prejudis, Jangan Melatah. Jangan Marah. Jangan Lakukan Perkara Yang Sama. Jangan Menghasut Lagi Orang Lain Untuk Berbuat Kejahatan. Jangan Sebarkan Lagi Kebencian. Cintailah Keamanan Dan Peliharalah Apa Yang Ada. Berpolitik secara Matang. Ambil lah Jalan Tengah - Wassatiyah. Jangan Di Kocak Lagi Keamanan Negara dan Kententaraman Awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan