Khamis, 19 Julai 2012

PAKATAM MAHU ONARKAN HARI KEMERDEKAAN?

RAMADAN di jangka tiba pada hari Sabtu ini. Sekarang kita berada di dalam bulan Julai, 2012. Tidak lama lagi kita bakal berada dalam sambutan BULAN KEMERDEKAAN dalam Ogos sehingga 16hb September (Hari Malaysia).  Setelah meneliti corak Pakatam melakukan onar dari masa ke semasa mencetuskan  pelbagai insiden melalui provokasi terhadap agama, tidak mustahil Ramadan sekali lagi akan di cabar. Berbetulan pula Ramadan berlanjutan sehingga Ogos. Manakala Syawal juga dalam bulan Ogos. 

Siginifikan bulan Ogos adalah terlalu besar buat negara. Sebarang cetusan di dalam bulan tersebut mampu menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, Apabila Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim membuat sidang media menghentam dan mengkritik polisi 1 Malaysia DI SINI tu petanda Pakatam telah bersedia melakukan onar secara masif. Tema mereka mudah yakni mencetuskan kegusaran rakyat mengenai halatuju konsep 1 Malaysia dan tema Kemerdekaan 'Janji Ditepati'. 

Dengan berhujah memutarbelitkan kenyataan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, kenyataan DS Rais Yatim serta tema kemerdekaan, Pakatam akan membuat desakan dan ugutan menjustifikasikan pemboikotan kepada sambutan Hari Kemerdekaan. 

Pemangkin kepada cetusan tersebut bakal dilakukan oleh kumpulan ekstrimis agama dalam Pakatam yang bukan warganegara Malaysia. Ini berdasarkan kepada kegagalan Himpunan Oren, Himpunan Hijau, BERSIH (KOTOR) dan  Kempen Anti-Lynas. 

Kejadian Ninja-Sesat-Amok di perkarangan Kompleks B, Kompleks JPM yang mana disyakki bloger pembangkang turut terbabit dalam perencanaan berkemungkinan besar satu percubaan berani daripada pihak pembangkang.

Kita perlu sentiasa peka dalam kewaspadaan dan menjadi berani melaporkan apa yang kita dengar, kita lihat dan mencurigakan di depan mata atau melalui perkhabaran pihak ketiga. Jangan segan silu atau merasa takut-takut. Apasaja maklumat yang ada walaupun sekecil mana pun dan nampak macam tak relevan adalah merupakan cebisan kepada gambaran yang lebih besar. 

Sesaat pun jangan kita leka. Niat kita adalah untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara. Berjasalah kepada agama, bangsa dan negara. Jadilah rakyat yang baik-baik. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...