Ahad, 22 Julai 2012

KENAPA MELAYU BIARKAN PAS KELANTAN PECAHBELAHKAN UMAT MELAYU?

KALAU BUKAN KERANA SEMANGAT ASSOBIYAH TULIN BAWAAN PAS KELANTAN di mana jua di pelusuk ceruk rantau negara ini, sudah tentu orang Melayu Islam tidak akan berpecah belah seperti hari ni. Sejarah moden membuktikan bahawa umat Melayu Islam di Malaysia digagalkan oleh semangat assobiyah tulin bawaan PAS Kelantan yang mendidik setiap jiwa menjadi terlalu angkoh. Setiap kemajuan yang di bawa dan diketengahkan oleh UMNO untuk kepentingan orang Melayu Islam sentiasa di tegah dan di tentang keras oleh pemimpin PAS Kelantan di atas pelbagai hasutan. 


Sejak Pok Nik merampas kuasa pada 1978 di Kelantan dan perkecohan politik perebutan kuasa di Kelantan, ianya membawa natijah buruk kepada perpaduan umat Melayu Islam. Ini di tambah lagi dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Pergolakan hebat UMNO dalam tahun 1980an disebabkan oleh kesilapan penerimaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, Anwar Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan UMNO kalah di Kelantan dan Pok Nik berjaya merampas kuasa di Kelantan di atas bantuan dan kerjasama Anwar Ibrahim. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO memperpanjangkan lagi kekalahan UMNO di Kelantan. 

Sepanjang Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO, beliau berjaya mengekalkan status quo pemerintahan PAS Kelantan. Malah Anwar Ibrahim berjaya mengucar-ngacirkan UMNO dari dalaman. Ramai pemimpin yang berkelayakan di dalam UMNO telah dianiayai dan dizalimi oleh Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung Anwar Ibrahim menzalimi dan menganiayai orang Melayu Islam. 

Apabila Anwar Ibrahim digugurkan daripada UMNO kerana pendedahan salah laku seksual luar tabie', wajah pendusta sebenar Anwar Ibrahim terserlah. Pada masa itu , Mat Syabu, Karpal Singh, Lim Kit Siang memperlekehkan Anwar Ibrahim di dalam sidang Parlimen. Dipertahankan oleh Tun Dr Mahathir. Namun akhirnya Tun Dr Mhahathir terpaksa akur kepada kebenaran.

Kelakarnya, Anwar Ibrahim ialah satu-satunya pemimpin Politik yang pandai berstrategi hingga beliau berjaya dipenjarakan kerana strateginya sendiri ! Jadi untuk apalagi orang Melayu menaruh harapan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim?


Orang Melayu perlu menolak pemimpin-pemimpin yang menyeru kepada kebencian dan mengajak umat Melayu berbunuhan sesama sendiri kerana Budaya Politik Sempit. 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...