Selasa, 12 Jun 2012

PENDEDAHAN BERANI ISU KRISIS AIR SELANGOR!

SHAH ALAM: SYABAS dari dulu menyedari bahawa penggunaan air semakin meningkat dengan drastik di Selangor, Putrajaya dan Lembah Kelang. Membekalkan air bersih bukan semudah meminda beberapa peruntukan di dalam konsesi perkhidmatan bekalan air atau menstrukturkan semula mana-mana perjanjian konsesi air. Masa terus berlalu. Masaalah masih tidak dapat diselesaikan. 

Kalau takat air tercemar macam ni melimpah ruah sampai membanjiri seluruh Selangor pun apa pun tak boleh nak tambah rizab air bersih yang semakin susut setiap minit

Krisis air Selangor ialah mengenai susutnya rizab air bersih yang begitu drastik menurun. Air bersih ialah air yang telah di rawat di loji rawatan air bersih. Tujuh empangan yang ada hanya menampung air mentah yang belum di rawat lagi. Waima empangan yang sedia ada melimpah ruah sehingga mampu membanjirkan kediaman rasmi MB Selangor pun, masalah rizab air bersih tak selesai juga. Masaalah air bersih ini bukan macam demonstrasi BERSIH yang kotor tu.

Bagi merawat air mentah untuk menjadi air bersih ini memerlukan loji rawatan air bersih seperti Langat 2. Krisis  rizab air berish Selangor berkait rapat dengan kapasiti loji rawatan air bersih yang sedia ada dan indeks pencemaran air mentah. Nak buat apa kalau tujuh empangan mampu melimpah ruah air mentah yang indeks pencemarannya hampir sama dengan air buangan sisa kilang kimia yang di seluruh Selangor termasuklah dari kandang-kandang mega khinzir?

Merawat air mentah yang sudah amat tercemar bukanlah semudah menapis serdak kopi dan serdak teh. Ianya memerlukan infrastruktur yang lengkap. Pembinaannya mengambil masa dalam dua ke tiga tahun. Air mentah yang di ambil dari Pahang mempunyai indeks pencemaran yang jauh lebih rendah dari air mentah yang di tampung oleh tujuh empangan di Selangor. 



Rajah bagi sebuah Loji Rawatan Air Bersih
Bukan mudah wooo nak rawat air mentah tercemar untuk menjadi air bersih
contohnya 3 gelen air mentah indeks pencemarannya tinggi hanya mampu di rawat menjadi air bersih yang hanya memenuhi sebotol air mineral  500ml sahaja dalam masa tujuh hari.
(Contoh Perbandingan sahaja sebab nak bagi cepat faham )

Ini bermakna untuk merawat air mentah dari Pahang adalah lebih cepat dan kosnya lebih murah berbanding merawat air mentah yang melimpah ruah di tujuh empangan yang di dakwa mampu membanjirkan semua rumah kediaman EXCO dan ADUN PAKATAM di Selangor termasuklah semua markas PAS yang tak pernah dibersihkan. Lebih cepat di rawat dan lebih murah kosnya makin cepat rizab air bersih mampu dinaikkan melebihi paras 20%. Jika ini berlaku maka takde lah sampai 126 kilang tak boleh di buka dan tak tertangguhlah mana-mana projek perumahan. Sudah tentulah prospek catuan air semakin rendah jika berlaku sebarang bencana alam yang tak terduga. Itupun otak pemimpin Pakatam pun tak mampu nak cerna ker?

Kapasiti loji rawatan air yang sedia ada di Selangor tak mampu nak rawat air mentah yang sama taraf dengan sisa buangan kilang toksik dan kandang-kandang mega khinzir dengan cepat dan memerlukan kos yang tinggi. PAKATAM mana nak beri duit untuk tampung kos tersebut. kalau kos buat papan iklan gergasi dan kos membazirkan duit beli 50 biji kompektor sampah itu Pakatam boleh beri ler. 

Diharapkan penerangan serba diringkaskan ini mampu dicernakan oleh anda semua. Takpa jangan bimbang. Pasal benda ini akan di terang berulangkali sampai lah anda faham betapa bahayanya anda di masa terdekat ini menghadapi prospek tinggi catuan air jika PAKATAM masih terus berlawak bengap pasal krisis air di Selangor ini. 

Apa susah pun, kasi lulu Langat 2 kemudian bincanglah pasal penstrukturan semula air. Yea tak ? Kenapa nak tangguhkan Langat 2 ? Takde sebab pun nak tangguh ! 

1 ulasan:

anwar arif berkata...

Salam, untuk menyokong dan menguatkan hujah saudara harap dapat berikan perbandingan yg lebih faktual tentang perbezaan kos merawat air mentah pahang dgn yg sedia ada di selangor termasuk unjuran kos kenaikan taraf air yg harus titanggung oleh rakyat adalah lebih bermanfaat dan dapat menguatkan keyakinan saya bahwa syabas sedang tidak cuba mengambil keuntungan semata2, terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...