Selasa, 12 Jun 2012

LEPAS SAMPAH, KRISIS AIR PASTU BANJIR, PAKATAM BUAT APA?

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN.


PUCHONG. Dengan terbuktinya wujud Bukit Sampah di Puchong yang menjadi kawasan penempatan lipas, tikus dan nyamuk aedes, Pakatam boleh berbangga dengan limpahan air mentah tercemar yang setaraf dengan sisa buangan kilang toksik dan kandang-kandang mega khinzir. Bagi Pakatam kepentingan rakyat jelata tidak semustahak membeli 50 biji kompektor sampah bagi kegunaan kontraktor sampah yang lebih penting dari keperluan menjaga kepentingan rakyat jelata yang bakal menghadapi catuan air tidak lama lagi jika berlaku bencana alam secara tiba-tiba, Apasaja boleh berlaku pada waktu ini. 

Pakatam boleh menjanjikan Pendidikan Percuma tapi bila PTPTN dibekukan untuk memberi laluan kepada Pakatam melaksanakan janji Pendidikan Percuma tersebut, Pakatam terpaksa merayu semula supaya pembekuan PTPTN di tarik balik atas alasan BELUM BERSEDIA !

Pakatam mampu menunjukkan gambar tujuh empangan melimpah ruah dengan air mentah tapi tak mampu nak bertanggungjawab meneruskan projek LANGAT 2 . Sebaliknya memperjudikan nasib rakyat jelata dengan usul lawak penstrukturan semula konsesi air. 

Logiknya, Pakatam boleh meneruskan kelulusan Projek Langat 2 dan selepas itu boleh meneruskan rundingan mengenai penstrukturan smeula konsesi. Tapi kenapa tindakan itu tidak di ambil ? Sebaliknya Pakatam masih terus berdegil dan berkeras tanpa sebab yang wajar dan munasabah mahukan penstrukturan konsesi perkhidmatan air diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberikan kerjasama meluluskan LANGAT 2 yang hampir siap. 

LANGAT 2 amat penting buat masa depan rakyat Selangor di mana LANGAT 2 mampu menaikkan Rizab Air Selangor ke paras yang tinggi bagi tempoh puluhan tahun di masa mendatang. Ianya juga mampu menjadi penyelamat kepada rakyat jelata jika berlaku bencana alam secara tiba-tiba. Kalau air di catu kehidupan pasti menjadi sulit dan sukar buat penghuni-penghuni flat kos rendah. Mereka tak berdosa apa-apa pun kepada Pakatam. Kenapa mereka pula bakal di hukum oleh Pakatam?
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...