Jumaat, 15 Jun 2012

NIK AZIZ DAN TUAN IBRAHIM SANGGUP PIKUL DOSA TAK TUNAI HAJIJ

1MALAYSIA 1SUARA 1MATLAMAT
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN 
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI. 

Di petik dari blog jeffrydamien 


Nik Aziz , Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar bagi PAS KELANTAM akhirnya bersuara dalam isu penangguhan Haji kerana Pilihanraya- Sinar Harian  jom baca kenyataan Nik Aziz tersebut:-
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, haji bukan ibadat yang perlu disegerakan. 
Mursyidul Am Pas itu berkata, Rasulullah SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun keenam Hijrah lagi.
"Ini menandakan ibadat haji tidak mesti dibuat segera," katanya. Nik Aziz berkata, perkara itu yang membuat beliau berasa pelik terhadap sistem haji di negara ini.
"Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apabila tersenarai nama di Tabung Haji, kena pergi selalu (segera). Nabi Muhammad sendiri tunai haji pada tahun ke-10," katanya. 
Dalil itu, kata Nik Aziz menunjukkan Islam membenarkan penganutnya menangguhkan haji walaupun sudah tersenarai dalam kumpulan yang layak menunaikan ibadat tersebut. 
Dalam pada itu, beliau tetap meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.
"Isu ini tak akan berbangkit kalau Umno yang jadi kerajaan faham kepentingan orang Islam. Fahamlah sikit bagaimana susah orang nak pergi haji, baik Pas mahupun Umno. Bukan senang nak dapat peluang buat haji.
"Oleh itu, saya minta janganlah buat pilihan raya pada musim haji dan juga pada musim perayaan," katanya. - SH
Berikut adalah kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum dari kenyataan Pok Nik tersebut:-
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH TUAN IBRAHIM YANG DIHANTAR KEPADA MEDIA PAGI KHAMIS
Isu tangguh haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro Umno.
Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru “ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya” – dalam kata yang lebih spesifik – “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” telah diputarkan seolah-olahia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia.
Namunbegitu, ia tidak hairan – selepas  kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.
Bajet 2013 yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada September 28. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober.
Sudah ada bayangan pilihanraya umum 1985 di musim haji bakal berulang.
Isu tangguhhaji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji?
Masalahnya tiada yang tahu.
Apakah mungkin PRU-13 diadakan di musim haji?
Masalahnya ialah mungkin.
Apakah yang perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?
Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13 diadakan di musim haji.
Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon,wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihanraya akan terus juga dengan niat menunai haji.
Tiada yang bertanya.
Walhal,soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihanraya di musim haji?
Jawapannya jelas tidak.
Apakah jaminan ia tidak berlaku?
Tiada.Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan “SEKIRANYA”Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU-13 yakni “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarahpilihanraya” disarankan tangguh haji.
Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula.
Isu ini adalah mudah.
Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.
Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.
Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.
Tiada yang risau ingin menunai haji.
Tiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihanraya.
Bahkan,untuk seluruh warga yang bekerja, samada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.
Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.
Mereka perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian.
Betulla juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri. 
So, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke taktahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?
Senyum.
Tuan Ibrahim yang Tuan Man 
Ketua Penerangan PAS Pusat
Kesimpulannya ialah baik kenyataan daripada Hj Hadi Awang mahupun daripada Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pok Nik sendiri , kepimpinan PAS PUSAT bersedia untuk memikul sebarang dosa-dosa mereka  yang tidak menunaikan haji kerana terpengaruh dengan dakyah politik Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pok Nik. Sekurang-kurangnya Hj Hadi masih berfikiran waras dengan mensabitkan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai Pendapat Peribadi, ya la kenyataan peribadi Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan PAS PUsat. Yea tak?

Seperkara lagi pandai-pandai plak Tuan Ibrahim dan Pok Nik tetapkan tarikh PRU 13 pada musin Haji . Senyum simpul.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...