Rabu, 23 Mei 2012

SELANGOR JAHANAM: KLINIK KESIHATAN KECIL DI KEDAI BURUK RUMAH URUT DI KAWASAN MEWAH.


Korang bacalah sendiri. Bagaimana zalimnya dan tidak prihatinnya regim Pakatan mengenai kesihatan rakyat Selangor. Walhal Khalid Gagap dikatakan adalah anak kelahiran di Kuala Langat. Pernah di halau keluar dari kampungnya kerana terlalu nakal. Patutlah kes demam denggi semakin tinggi, bukan sahaja disebabkan oleh masaalah sampah yang lambat di kutip dan tidak mengikut jadual tetapi kerana regim Pakatan buat derq jek pasal kesihatan rakyat Selangor. 

Rumah urut Ronnie Liu pula dikatakan bakal di usik dan di sentuh oleh pentadbiran Khalid G kerana tak boleh tahan dah dengan karenah GRO GRO rumah urut. Bernama melapurkan:-
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula.
"Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini.
Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.
Menurut mereka di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.
Abdul Khalid bagaimanapun enggan mengulas gesaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini supaya menteri besar itu menyerahkan portfolio agama Islam yang dipegangnya kepada pemimpin PAS kerana kegagalan mengawal pertambahan rumah urut di Selangor.
"Kegiatan rumah urut di Selangor sudahpun berleluasa sebelum tahun 2008 lagi," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang bertanggungjawab menguruskan muzium negeri itu perlu mencari pendekatan untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Beliau berkata Padat perlu berusaha menjadikan muzium sebagai mesra pengunjung dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk memikirkan pameran yang lebih moden serta terkini seperti inovasi gajet termasuk i-Pad.
"Kalau boleh fikirkan cara supaya orang ramai dapat rasakan setiap kali mengunjungi muzium, mereka akan rasa seronok dan hilang tekanan," katanya. - Bernama 
Itu baru Noh Omar buat kejut sikit je belum 'full power' lagi. Jadi apa tunggu lagi daaa .... tolak je regim Pakatan Rumah urut masuk dalam longkang pada PRU 13 nanti. Lepas ni Ronnie Liu kena sewa ruang di muzium mesra pengunjung PADAT.


MENANG BN ! 
KALAH PAKATAN JAMBAN!

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM DAN MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...