Rabu, 23 Mei 2012

DEBAT KJ DAN RAFIZI BUKAN SALAH PTPTN.

Jadi malam semalam di saluran 501 Awani jam 10.05 minit di tayangkanlah debat di antara KJ dengan Rafizi pasal PTPTN. Debat berlangsung di Karangkraf dikelolakan oleh SINAR dan dimoderatorkan oleh ..ntah hapa lah namanya .. hamba pun lupo tapi kurang lebih Mispel ke hapa. Tak penting. Ok isu debat berkisar pasal pemansuhan PTPTN. Pelik gak tajuk ini kerana ianya adalah tajuk yang sama di London tempohari. 

Rafizi menjustifikasikan pemansuhan PTPTN dengan berhujah bahawa PTPTN merupakan beban kewangan kepada negara di masa depan. Beliau berhujah tanpa guna akal lah masa tu. Sebab beliau tak fikir yang keadaan ekonomi negara ini sentiasa maju ke hadapan yang sentiasa maju ke belakang ialah amalan homoseksual Anwar Ibrahim sahaja. Seterusnya beliau menuduh bahawa semua mahasiswa ni bodoh piang sebab tak boleh cari pekerjaan dengan gaji lumayan.Beliau turut kata pada zaman moyangnya dulu belajar percuma je di UM. Ya la, sebab masa tu yang ada cuma UM je. Poin-poin lain hanya berkisar tentang angka berpuluh bilion mengikut smart accounting (perakauanan menipu) dan cerita merepek Rafizi

KJ boleh tahan jugalah walaupun mengelak menjawab soalan Rafizi kemanakah hilangnya 250 bilion duit Petronas masa pak mertuanya jadi PM. Kira KJ mampu jawab balik lah dan memberikan sebab yang agak-agak munasabah dengan sikit sipi-sipi untuk di terima akal.Adakalanya Rafizi balun KJ dan adakalanya KJ balun Rafizi. Akhirnya DS Najib pulak kena balun, tak pasal-pasal kan. 

Paling lawak apabila Rafizi keluar tajuk debat dengan mengaitkan isu PERWAJA, KONSESI TOL. IPP dan HUTANG TAJUDDIN RAMLI.Asik kuar topik saja mamat tu. Tapi mungkin ianya adalah jerat yang snegaja di pasang oleh Rafizi bagi mengetengahkan isu-isu lain.

Budaya debat ini tak berapa ok lah. Sebab tak ada apa yang diperolehi daripada debat melainkan hanya mempemeskan pendebat samada pendebat kalah atau menang. Isu yang didebatkan tak jugak selesai selepas debat tamat. 

Isu pemansuhan PTPTN ini sebenarnya isu sasaran PKR apabila Anwar Ibrahim begitu teruja di atas pentas nak bercakap pasal PENDIDIKAN PERCUMA gara-gara berkempen untuk BUSUK 3.0 setelah kempen ANTI PTPTN oleh kudanya si Fahmi Rezza gagal menarik penyertaan ramai mahasiswa lain yang sibuk mengejar kecemerlangan bagi mendapatkan pengecualian pembayaran PTPTN dengan memperolehi Ijazah Kelas Satu dengan kepujian.

PTPTN sebenarnya bukan isu pun. Skim ini tidak dipaksakan ke atas mana-mana mahasiswa pun. Siapa nak ambil sila lah. Siapa taknak ambil takde paksaan ke atas mereka. Jadi bukan isu lah melainkan sekadar senda gurau politik bingai dalam Budaya Politk Baru yang amat tolol.

Persoalan sebenarnya ialah bagaimana mahasiswa hendak mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka dan memperolehi ijazah kelas Pertama dengan kepujian jika pakatan asik menghasut mahasiswa berdemo di jalanan? Bagaimana mereka hendak mencari pekerjaan dan membuat perancangan untuk kerjaya mereka jika asik di kacau dandi ganggu oleh hantu-hantu pakatan di kampus?

Jika regim Pakatan benar-benar jujur lah, regim Pakatan akan membantu mahasiswa dengan menyediakan peluang pekerjaan pada gaji yang begitu lumayan. Atau bersedia membayar segala hutang piutang PTPTN yang di tanggung oleh mahasiswa.Ini tidak. Regim pakatan yang pernah berjanji hendak memberikan pendidikan pra-sekolah percuma berdasarkan kepada janji-janji manis bergula mereka yang termaktub di dalam manifesto mereka pada PRU 12 pun tak mampu mereka tunaikan. Apatahlagi nak beri pendidikan percuma. Percuma je la kita dapat janji manis regim pakatan kan?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KENAPA KEPIMPINAN UMNO MEMBIARKAN KJ TERUS-TERUSAN MENJADI BURDEN. TAKKAN MEREKA TIDAK TAHU SIAPA KJ. BUKANKAH DIA TROJEN HORSE ANWAR. SEBENARNYA DIA DAN RAFIZI DALAM KEM YANG SAMA. MEREKA BERLAKON SAHAJA.

Jas Salleh berkata...

Tidak ada bukti kukuh mengatakan KJ adalah Trojan Horse.
Jika anda ada buktinya sila kemukakan kepada Badan Tatatertib dan Displin UMNO yea
takat cakap je belum tentu lagi bro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...