Rabu, 30 Mei 2012

BILA BAPAK SOSIALIS JANJIKAN LEBUHRAYA SYURGA.

Sejak dari awal penubuhan PAS, iamya amat sinonim dengan pelbagai janji-janji ganjaran pahala, dosa neraka dan mati syahid. Amalan sedekah dan hibbah dijadikan sandaran menarik simpati dan mengumpulkan dana bagi aktiviti politiknya. Kini, amalan wakaf pula dijadikan pertaruhan oleh PAS?Kenapa wakaf? Kerajan dosa pahala Pok Nik telah menjanjikan sebuah lebuhraya ke syurga kepada se,ua rakyat Malaysia. Barangsiapa mendma hartabenda mereka ke syurga bermakna sudah tersedia baginya sebuah mahligai dan pahala berlipat kali ganda di akhirat dan di dalam kubur. Belum pernah lagi kita mendengar amalan yang sama dilakukan oleh para khulafa ar rasyiddin dan baginda Rasullulah s.a.w. Melainkan kita hanya mendapati sunnah yang penggunaan wang baitulmal bagi kebajikan dan manafaat rakyat dalam pembinaan kemudahan awam. Setelah menjanjikan mati syahid kepada peserta BERSIH 3.0 pada kali ini bapak Sosialis Pok Nik menjanjikan Projek Lebuhraya Syurga terhebat. Idea asalnya pastilah datang daripada kalipah kesayangannya si Guan End dari Pulau Pinang. Disampaikan melalui mulut Husam Musa yang sebelum ini berjaya menipu rakyat Kelantan dalam Projek Kambing Ke Syurga dan koridor gaharu syurga. Bapak sosialis PAS berjaya menjenamkan semula syurga dan neraka dalam politik. Kita tidak menafikan amalan yang baik beserta niat yang baik akan mendapat ganjaran daripada Allah Taala. Tapi kalau balasan ganjaran itu dijanjikan oleh bapak sosialis PAS, apakah iamya boleh dipercayai? Lucunya ialah bapak sosialis mengajak rakyat Kelantan berwakaf dan berderma tetapi selama ini tiada seorang pun pemimpin PAS yang sanggup mengwakafkan dan mendermakan harta kekayaan mereka kepada rakyat.Jika di tanya sedemikian alasan yang diberikan oleh mereka ialah Kami adalah ulamak warisatul anbiyaa'dan keranalah jasa merekalah kuota haji jemaah Malaysia kini diperketatkan oleh kerajaan Arab Saudi. Kita juga hendak bertanyalah kepada kerajaan Lebuhraya Syurga , kemanakah peginya keuntungan projek Leburaya ke Syurga itu nanti? sudah ada kontraktor dan pembekal yang sanggup mendermakan tenaga, wamg ringgit dan bahan pembinaan untuk merebut ganjaran pahala? Atau yang ada hanyalah ganjaran keuntungan yang tidak diwakafkan dan disedekahkan ke,bali kepada rakyat?


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM DAN MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...