Rabu, 30 Mei 2012

AIR LOMBONG & AIR KUMBAHAN BAKAL MENJADI SUMBER UTAMA BEKALAN AIR DI SELANGOR.

Selangor menghadapi masalah krisis rizab air yang amat kritikal. Kini Rizab air di Selangor berada di bawah paras 2.4%. Sepatutnya berada di atas paras 20%. Projek Langat II yang diluluskan oleh pentadbiran terdahulu di pandang sepi oleh Kerajaan Papantanda Selangor. Bagi Kerajaan Papantanda Selangor masaalah air ini enteng saja. Mereka peduli apa pun dengan masaalah air yang semakin meruncing di Selangor. Selagi poket mereka tidak penuh dengan hasil rompakan konsesi perkhidmatan air di Selangor selagi itulah mereka akan menipu rakyat Selangor mengenai krisis air di Selangor.

Di antara alternatif sumber air yang pernah diusulkan oleh Kerajaan Papantanda Selangor ialah air lombong dan air kumbahan. Kedua sumber ini menurut mereka mampu mengatasi krisis air di Selangor. Lagipun Pok Nik mampu panggil hujan pada bila-bila masa sahaja untuk memenuhi semua empangan di Selangor. Oleh itu apa mereka peduli pun. 

Keutamaan Kerajaan Papantanda Selangor ialah memastikan krisis air berlanjutan seberapa lama yang boleh. Semakin teruk krisis air semakin bagus buat mereka. Dengan hanya bermodalkan subsidi air RM11.40 sebulan buat rakyat Selangor, kerajaan Papantanda Selangor yakin krisis air di Selangor mampu mereka politikkan bagi meraih undi pada PRU 13. Jika mereka kalah pun kerajaan BN tetap akan menyelesaikan krisis air di Selangor. Beginilah cara pemikiran Kerajaan Papantanda Selangor di bawah kepimpinan Merompakkan Ekonomi Selangor. 

Ambiga pernah menyarankan agar rasuah kecil dihalalkan oleh Pakatan jika Pakatan hendak menang PRU 13. Dan kerana itulah Anwar Ibrahim pernah memberikan arahan agar siasatan SPRM ke atas harta kekayaan Azmin Ali dihentikan. 

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...