Selasa, 24 April 2012

TRAGIS LAGI SADIS DWI-ZORRO LAWAN PEDANG.


ZURAIDA - Lwn- ZAHIDA 
Dwi Zorro 
Bila tengok camni .. cam The Beast & The Beauty Plak.

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Zahida Rafik
20hb April 2012.
SUMBER

Dulu wanita Melayu terakhir kalu gaduh main tarik-tarik rambut. Zaman berubah. Sekarang wanita kalau gaduh main saman-saman. Si Zuraida Giler pun melampau sangat buat fitnah kat Zahida. Mengamoklah Zahida walaupun masih cool. Sapa tak marah kalau di fitnah buat macam tu je? Macam-macam orang tuduh. Tak pasal-pasal kan.

Tu la, korang masih lagi percaya kepada PKR nie ?
Masih nak percaya kepada BERSIH 3.0?
Masih nak percaya HIMPUN HIJAU ANTI LYNAS?
Masih nak percaya pasal ANTI PTPTN?

Kamonlah ....

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 
JANGAN CEPAT PERCAYA, PERIKSA DULU.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Skandal Safea Afdal yg tak lengkang dimulut, asyik dok sebut orang lain "berzina/liwat" tu.....

Mengapa POLIS, SPRM tak berapa selera nak siasat SKANDAL PEMIMPIN2 LANUN UMNO/BN seperti ini?

Kalau pemimpin2 rakyat, maka cepat saja SPRM/ Polis nak dakwa dan penjara atau hukum walaupun tiada fakta & bukti sahih hanya berdasarkan 'akhbar/ buku cerpen UMNO/BN'.......

Dah nazak dah UMNO ni.... bilang hari saja...

jom pi BERSIH 3.0..... tolak pengundi dari kalangan PATI & rakyat asing yg diberi hak kerayatan IC & kuasa mengundi tentukan pemimpin negara oleh UMNO/BN .....

Tanpa Nama berkata...

bERSIH APA KE BENDANYA...LU MABUK KE....

Bukan semua rakyat suka demo2...bro....ramai yang kat luar ni menyampah tahap gaban dengan sampah-sampah demo nak buat kacau...ganggu urusan harian orang lain....lu nak terlolong terllak lu punya pasal la...tapi kalau lu mengganggu ketenteraman orang...lu tanya la sapa pun semuanya marah...kecuali puak-puak lu yang kerbau bebal...sanggup jadi kerbau politik...tak pasal-pasal menyusahkan orang lain...

Gua pun pernah menyokong PKR dulu...tapi tidak lagi...hampas...sesen tak guna , menyusahkan orang dan rakyat.....

Jas Salleh berkata...

Nak percaya ke kata-kata seorang bekas pemandu yang rembat duit syarikat RM200 ribu?
apalah tolol sangat pemimpin PKR nie

Tanpa Nama berkata...

BERSIH tuuu .... bersih amalan politik kotor SPR dan UMNO/BN ..... penipuan pilihanraya.... rasuah pilihanraya ... ugutan pilihanraya ...... manipulasi pilihanraya .....

BERSIH supaya telus, adil & bebas ...rakyat berdemokrasi & pilihanrays ... TANPA 'gangguan' kuasa2 UMNO/BN......

Baru negara maju, mentaliti rakyat yang maju dan budaya politik yang matang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...