Khamis, 19 April 2012

JASA RAJA-RAJA MELAYU KEPADA RAKYAT, JANGAN KURANG AJAR LAH.


TOLOL DAN BIADAP ! itulah yang boleh dikatakan kepada reaksi dan sikap pemimpin PR Drakula terhadap institusi Raja-raja Melayu Berperlembagaan. Malaysia ini sebuah negara berdaulat. Berdaulatnya negara ini kerana sembilan Raja-raja Melayu menyerahkan kuasa memerintah kepada rakyat. Kalau bukan kerana kesembilan Raja-raja Melayu menurunkan cap mohor dan tandatangan masing-masing pada PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 & PERJANJIAN KEMERDEKAAN , Lim Kit Siang, Lim Guan Eng , Hj Hadi Awang, Khalid G, Anwar Ibrahim dan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PR Drakula tak mungkin berada di Parlimen. Tak mungkin sebuah negara berdaulat seperti hari ini akan wujud. Tak mungkin adanya hak berhimpun secara aman. Hak bersuara. Hak mengundi. Hak memiliki harta. Hak itu dan hak ini. Sampai kiamatlah mana-mana pemimpin PR Drakula nak jadi Menteri Besar dan EXCO. 

Apabila Khalid G mengatakan bahawa insiden pemimpin PKR mempersendakan dan mentertawakan Raja-raja Melayu semasa pertabalan Yang Di Pertuan Agong adalah perkara remeh, itu datangnya dari sebuah otak yang bengap. Minda dan hati yang sudah dikuasai oleh sifat Kacang Lupakan Kulit. Ini negara bukan REPUBLIK LAH ! Ni negara MERDEKA kerana sembilan Raja-raja Melayu bersetuju menyerahkan KUASA MEMERINTAH dan PILIHAN kepada rakyat. Bukan kerana rakyat memberontak terhadap raja-raja seperti yang berlaku di Perancis dan di negara-negara lain. 

Di Malaysia, kedaulatan dan sistem demokrasi wujud bukan kerana Lord Reid dok sibuk tulis sana tulis sini tetapi kerana kerjasama dan persetujuan sembilan Raja-raja Melayu dengan UMNO. Kuasa mentadbir sebelum ini yang di pegang oleh British melalui perjanjian Sistem Residen, bertukar tangan kepada rakyat melalui UMNO setelah diperkenankan oleh sembilan Raja-raja Melayu. kalau tak reti juga mengenai sejarah tersebut maka hendaklah mereka yang berkenaan terjun lombong sahaja. Atau hantukkan kepala mereka ke dinding atau ke batu granit.

Sampai bila-bila pun rakyat Malaysia ini terhutang budi kepada Raja-raja Melayu kerana Raja-raja Melayu relahati dan redha menurunkan kuasa-kuasa memerintah kepada rakyat. Kuasa Rakyat pada hari ini diperolehi secra aman dan di atas kerelaan para Raja-raja melayu dan bukan kerana REVOLUSI TOLOL ciptaan idealisma SOSIALISMA.Jangan sesekali melupakan sejarah itu ! Jangan besar kepala hotak lah. 

Jangan sesekali memandai-mandai hendak ubah WAADAT yang telah diperturunkan oleh sembilan Raja-raja Melayu secara relahati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak pun. Kalau bukan kerana perhubungan dan kepercayaan sembilan para Raja-raja Melayu kepada UMNO yang membawa kepercayaan dan amanah orang Melayu jangan haraplah pada hari ini kita mempunyai HAK MENGUNDI mana-mana pihak yang bertanding di dalam Pilihanraya sebagai kerajaan. 

Ingat ! Samada kerajaan Pusat atau negeri, ianya di tadbir dan di perintah di atas nama Raja-raja Melayu. Jadi jangan nak eksyen lah ! Tolong hormati Raja-raja Melayu yang sanggup menyerahkan kuasa memerintah dan pentadbiran kerajaan kepada rakyat! DI MALAYSIA KUASA RAKYAT ITU BERBINKAN RAJA-RAJA MELAYU.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SAMPAI MATI KUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...