Selasa, 20 Mac 2012

KISAH DONGENG PASAL FGVH, MAS, NFCORP & BANYAK LAGI.

 

Dulu ... dulu lah sebelum manusia terfikir nak buat piring Astro, kapalterbang, kapalselam, lori kutip sampah, ternak lembu secara komersil, buat peti televisyen yang canggih-canggih (sampai nak tekan butang kat alat kawalan jauh pun naik takut sebab banyak sangat ikon-ikon kecik) Harakah, KeadilanDaily, Roketkini, Malaysiakini, Free Malaysia Today dan internet, salah satu cara bergosip dan menyampaikan cerita serta berita ialah melalui mulut. sebab itu ada pepatah Melayu kata Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa.  Tak pasal-pasal pulut dan santan terbabit sama. Kerana pada zaman Pak Kaduk dan Pak Pandir dulu mana ada lagi elektrik. Jadi memasing bawak mulut lah .. pok pek sana .. pok pek sini ... akhirnya cerita bertokok tambah. Kalau asal cerita ayam Pak Mat mati terpijak gajah .. akhirnya menjadi cerita gajah mati di pijak Pak Mat sebab bini Pak Mat mengidam nak makan ayam. Huh, nak mujur taim tu  takde KFC, kalu tak gerenti jadi macam stori Cina DAP dok maki Melayu sebab tak dapat makan ayam goreng. Kurang lebih macam tu ler teladannya.  

Setelah beribu-ribu tahun selepas itu, adakah manusia masih bersikap demikian? Jawapanya ialah .... sebab itu lah ada bloger dan fesbuker. Termasuklah lah Hamba ini. Ini kira menyambung warisan orang-orang dulu ler cuma bezanya Hamba guna laptop, orang-orang dulu guna mulut. Mau tak mau terpaksalah gunakan tulisan dan teknologi canggih untuk buat benda sama seperti orang dulukala buat. Hanya penggunaan teknologi mencanggihkannya. Perbuatannya tetap sama. Oleh itu, bila kita fikirkan semula semua slogan-slogan teriakan regim pakatan punah ranah selama ini seperti Jom Ubah Regim ... UMNO dah Lama ... Jom Tukar .. agak-agak korang lah tak ke benda-benda itu semua sama sahaja? Apa sebenarnya jaminan yang diberikan kepada kita semua jika bertukar itu dan ini? Bebudak muda lupa yang diaorg nie pun bukan kekal muda dan satu hari nanti anak orang lain pulak kata mereka orangtua kuno yang lapok. Walhasil Balik Asal jugak lah nanti. 

Balik kepada tajuk artikel ini. Kalau dulu banyak certa dongeng sekarang pun apa kurangnya? Cerita dongeng makin melambak-lambak dan cepat tersebar dengan tekonologi yang ada. Apa sebenarnya matlamat, tujuan dan niat cerita-cerita dongeng tersebut? Korang pun tahu sendiri lah. 

Contoh cerita dongeng pasai NFCORP. Kononnya projek tu di berikan kepada Agroscience Sdn Bhd. sebab Kak Ijat guna pengaruh sebagai Menteri. Kemudian dapat pinjaman mudah, Guna duit tu beli kondo mewah dan kegunaan peribadi. Nampak cerita cam ok jek. Tapi sebenarnya dongeng je lebih. Tapi orang ramai boleh percaya plak. Akhirnya, Kak Ijat letak jawatan sebagai Menteri dan Datuk Mohd Salleh kena dakwa di mahkamah. Tapi siapakah yang untung dalam cerita dongeng ini? Orang Melayukah ?? Adakah kita semua dapat rasa RM250 juta tur ? Atau sekarang kita dapat sekur sorang lembu-lembu NFC? Korang pikirlah sendiri. Tapi ada pihak yang teraniaya dan dizalimi akibat cerita dongeng tersebut. Sanggup ke kita nak pikul dosa-dosa itu nanti?

Kemudian timbul cerita dongeng pasal MAS-AIRASIA. Macam-macam lah cerita keluar. Tony Fernandez nak rembat MAS. Dalam MAS ada komplot lah. Konspirasi korporat lah. Macam-macam lah. Timbullah macam-macam blog. Ada satu blog yang ngaku bekas kakitangan MAS. Macam-macam cerita keluar. Semuanya cerita je la. Mana kita ada akses yang mengesahkan cerita-cerita tersebut.

Pastu keluar lah cerita dongeng pasal FGVH yang berkait rapat pula dengan KPF (Koperasi Peneroka FELDA). Ceritanya mengenai saham-saham dan penyenaraian FGVH di Bursa Saham KL (BSKL). FGVH ini ditubuhkan untuk perluaskan lagi aktiviti bisnes. Bisnes siapa dan untuk siapa? Yang ni ler banyak dongengnya.  Idea FGVH ni memang lah baik dan terbaik. Cuma bila masuk bab perlaksanaan ide tersebut yang ni dah masuk stail cerita SBPA.

Cerita mudah ialah bila nak lambung saham dan lepas tu sepak terajang nilai saham-saham yang diniagakan atau diapungkan di pasaran terbuka, ada masa nilainya naik dan ada masanya nilainya turun. Pasaran saham di Malaysia ini amat terikat dengan spekulasi / khabar angin di pasaran. Manipulator nya pulak ramai yang bukan peneroka ataupun pekerja FELDA. Kebiasaannya mana-mana pihak yang nak main lambung-lambung saham ini untuk dijadikan modal perlu mendapat jaminan daripada bank-bank komersil. Bank-bank komersil di Malaysia ini semuanya macam lanun belaka. Takdenya bank-bank komersil Malaysia ini nak beri jaminan kalau takde cagaran dalam bentuk gadaian. Biasanya gadaian berbentuk pegangan tanah dan aset cair. Inilah masaalahnya. Dari sini lah timbul pelbagai ragam bentuk dongeng. 

Yang pro kata ok lah mudah dapat untung daripada dividen saham setiap tahun. Kerja goyang kaki duduk kat rumah tiap-tiap bulan posmen datang rumah hantar surat AR Berdaftar yang berisikan cek sekeping.Mudah kerja. Tak payah nak ke ladang lagi, tak payah nak susah-susah lagi. Boleh bayar hutang kepada FELDA. Kita ni pun kalau nak tanam pokok lada sebatang pun, sementara nak tunggu hasil jenuh jugak lah bertepuk tampar dan bersilat dengan makhluk serangga perosak. Bukanlah semudah itu. Kata yang kontra plak. 

Yang benarnya penceritataan dan cara penyampaian kalau tak betol maka semua cerita jadi cerita dongeng. Cukup merbahaya cerita dongeng ini mampu menyebabkan undi beralih arah ke pihak lain. 

Cerita asalnya kisah FGVH berpunca daripada mencari penyelesaian kepada permasaalahan generasi kedua peneroka FELDA. Serta untuk memperkembangkan lagi aktiviti bisnes FELDA supaya mudah lah nak beri bantuan kepada peneroka. KPF memang banyak aset cecah berbilion ringgit. Tapi macam nak beranak pinak bercucu cicitkan duit tersebut?

Tu la pasai timbul ide tubuhkan FGVH. Cuma ... ya la ... bila bab duit dan reta ini ... lebai kera PAS pun sanggup kata boleh berniaga dengan regim Yahudi Zionis. Jangankan lebai kera PAS, lembu-lembu PKR pun sanggup jual pasir tipu Sultan Selangor. 

Ideanya bagus ... tapi kalaulah dapat di ubah sedikit cara perlaksanaannya mungkin ide bagus tu menjadi ide terbaik ! Ya la kita pun nak tengok gak lah peneroka FELDA ini menjadi jutawan segera. Untung-untung boleh bermenantukan pak mertua kayo rayo. Nak langgar kereta mana-mana anak perempuan pemimpin yang ada rasenya tak berbaloi dah. Itu taktik sudah lama orang tau, der.

Kalau tersilap penceritaan silap haribulan semuanya jadi cerita dongeng belaka. Kita ni yang bukan peneroka naik gerun kalau dengar cerita dongeng pasai FGVH. Meremang bulu tengkuk ku ! Alamat tak laku laku lah cerita seram sejuk kat pawagam. Siapa yang susah nanti? DS Najib jugak yang susah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...