Gambaran Penulis Mengenai Pepatah Melayu Lama BERUK DAPAT PISTOL
Poster di atas mengambarkan bagaimana sesetengah Bloger Skeptis menjadi Budak Upahan kepada Bloger Elitis kononnya berjuang untuk mensucikan UMNO melalui idealisma Reformasi. Huh.... teringat kata-kata Sunan Bonang kepada Sunan Kalijaga ' Bagaimana kamu hendak mensucikan kain yang putih dengan air kencing?"
DAP tidak perlu bersusah payah kerana penjunjung idealisma Reformasi sentiasa membantu propaganda mereka. Bukan susah pun. Buat isu kasi malu kow-kow kemudian jejuak bloger Elitis dan bloger Skeptis akan menyambung propaganda tersebut F.O.C kononnya itulah kejujuran mereka 'mensucikan' UMNO dengan 'Air Kencing' mereka.
Baru-baru ini disebarkan mengenai kedudukan Malaysia di tangga ke 19 sebagai Negara Paling Aman. Tup-tup DAP keluarkan isu mengenai anak 'Cina' koma. Anak Melayu koma di langgar lari oleh ADUN Sekinchan takde pulak DAP nak hebohkan melainkan DAP kata ' Itu Sudah Biasa lahhhh'. Rakan bloger MYMASSA mendedahkan mengenai trend DAP memburukkan imej PDRM dengan membangkitkan propaganda dan persepsi salahlaku mantan Ketua Polis Negara.
Kegagalan propaganda tersebut menyebabkan DAP memainkan lagi isu mengenai mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan. DAP berharap agar isu ini dapat menjatuhkan kredibiliti PDRM lagi. Propaganda sedemikian amat disukai oleh bloger Elitis dan bloger Skeptis kerana melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka benci dan tidak sukai. Lihat sahaja di dalam isu NFCORP. Mereka mahu meletakkan boneka proksi mereka di dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Mereka memangsakan Kak Ijat. Malah mereka sanggup melakukan Sumpah. Tapi ya lah ... Beruk Bersumpah.
Dalam isu LYNAS pula DAP melalui proksi mereka Fuziah Thoron pula membangkitkan propaganda mengenai 'Bahaya Radiasi & Kesan Radioaktif' sebuah kilang yang bukan loji Nuklir tetapi sama seperti kilang-kilang yang ada di Selangor seperti Shin Etsu. Entah dari mana 'Bahaya Radiasi & Kesan Radioaktif'.
Jika betul (memang tak betul pun) Teori Fuziah Thoron maka Selangor sepatutnya sudah lama menjadi Chernobly kedua.
Hairannya bloger Elitis dan bloger Skeptis terus mendiamkan diri dalam isu-isu LYNAS, PDRM dan nampaknya lebih menyibukkan diri dengan kekosongan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta jawatan Senator yang bakal dikosongkan. Dan akibatnya DAP terus berleluasa dengan propaganda mereka.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
2 ulasan:
Aku tau siapa dia.nak buat macam mana.lari dari tujuan asal.sepatutnya blog di buka untuk membuka pekung pakatan haram.tiba-tiba pulak blog di buka untuk membelasah sesama sendiri.lepas itu tunjuk hebat,aku petik ayat dr blog yg di tuduh kononnya copy paste.copy paste pun byk juga blogger tu yg di tuduh tu bongkar kegiatan pakatan haram jadah tu.yg belah nak jg elitis tu ada ker? kesian aku tgk blogger tu kena belasah hari tu gara2 tegur punya pasal.mcm tu ker perjuangan? Baik tutup blog tu.
Pejuang Transformasi
Sebagai pembaca, saya dapat lihat perubahan ketara beberapa bloggers. Sayangnya mereka menggunakan kemahiran menulis menghentam bloggers seperjuangan hanya kerana sifat cemburu dan dengki yang tak ada penghujungnya. Lebih lebih lagi setelah berkawan dengan blogger Elitis. Dah malas nak kunjung blog mereka. Balik balik tunjukkan sifat dengki. Seorang blogger yang dulunya saya puji sifat dia yang suka bermaaf-maafan ternyata hanya lakonan semata.
Catat Ulasan