Jangan Lupa Asal Usul.
Melayu Sarawak, Melayu Sabah, Melayu Pattani, Melayu Sg Golok, Melayu Kelantan, Melayu Terengganu, Melayu Pahang, Melayu Johor. Melayu Riau, Melayu Jambi, Melayu Minang Negeri Sembilan, Melayu Melaka, Melayu Singapura, Melayu Sumatera, Melayu Sulawesi, Melayu Mindanao, Melayu Singapura, Melayu Sulu, Melayu Selangor, Melayu Perak, Melayu Kedah, Melayu Pulau Pinang. Melayu Deli dan Melayu Perlis.
Sejarah Bukit Siguntang, Merah Silu, Demang Lebar Daun, Raja Haji Ali Fisabillillah merupakan antara sejarah-sejarah dan detik-detik gemilang tamaddun Melayu. Kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu pada 1957 merupakan detik terpenting di dalam sejarah Melayu. Pertama kalinya Melayu bersatu dan disatukan pada zaman moden. UMNO merupakan pemangkin dan menjadi payung kepada kesatuan Melayu dan Islam.
Setelah 64 tahun maka timbullah pula gerakan Reformasi penjahanam bangsa dan pengdengki kemajuan bangsa. Mulalah kedengaran ... itu lama ... bangsa tak penting ... perjuangan bangsa assobiyah ... penyelewengan banyak berlaku .. UMNO buat harta negara macam harta mak bapak .. dan macam-maam lagi.
Tersebar pula macam-macam fitnah dan adu domba oleh mereka yang mahu melihat UMNO hancur. Mereka beri alasan jika UMNO hancur Melayu selamat dan masih ada payung dan pelindung. Sejauh ini selepas 2008 amat jelas kepada kita bagaimana PKR menghancurkan PAS dan DAP menghancurkan Melayu melalui PKR. Jadi dimanakah galang ganti kepada UMNO sebagai pelindung dan payung? TIDAK ADA !
Golongan Reformasi menyibukkan diri untuk menyelamatkan kepentingan mereka agar dapat menajdi senator dan calun PRU13. Kepentingan agama bangsa dan negara tidak ada dalam Menu Agenda mereka. Habis semua pejuang maya dilaga-lagakan oleh mereka melalui isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Habis semua parti politik yang mempunyai kepentingan Melayu dan Islam mereka godak dan ganggu.
LYNAS, NFCORP dan PFN menjadi bahan serangan mereka kerana mereka mahu menguasainya. Secara tidak langsung mereka bersepakat untuk menggantikan pemimpin yang ada dengan golongan mereka. Berbagai janji manis dan berbagai penyelesaian mereka usulkan mencari sokongan menjayakan perancangan mereka. Malangnya mereka sedikitpun tidak mengacau kepentingan DAP.
Mereka juga tidak membantu golongan usahawan Melayu, PKR di bawah penguasaan kumpulan mereka pun sedang giat dan rancak menjual aset-aset kepentingan Yayasan Selangor. Tetapi ini mereka hanya mengusik sikit-sikit sahaja.
Isu penyelewengan pasir dan amalan penyelewengan DAP dalam kontrak Bumiputera mereka biarkan sahaja.Mereka langsung tidak membantu. Mereka hanya menumpukan usaha kepada mencemarkan kredibiliti dan intergriti (kewibawaan dan keutuhan barisan kepimpinan Melayu yang ada sahaja).
Inilah kelebihan Melayu Alaf Baru (Grup Reform). Mereka mempunyai kelebihan untuk menjatuhkan bangsa sendiri dan menghancurkan kepentingan bangsa sendiri untuk menubuhkan dan memperkasakan diri mereka dan kepentingan mereka. Percayalah jika mereka berkuasa dan menguasai semua bidang kepentingan Melayu jangan haraplah anda dapat merasa walaupun sebesar habuk pun. Semuanya mereka akan bolot demi poket mereka sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan