Isnin, 5 Mac 2012

DS NAJIB SEDIA DEBAT DENGAN ORANG YANG SERIUS, ANWAR IBRAHIM TAK SERIUS MACAMANA NAK DEBAT.


Meh baca petikan daripada AP yang di ambil daripada blog MKP :

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.
Perdana Menteri berkata bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.
"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.
"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.
Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.
"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.AP
Difahamkan kenyataan DS Najib tersebut terbukti pemimpin Pakatang tidak layak berdebat kerana pemimpin Pakatang:-

  1. Tidak Serius
  2. Tidak memikirkan masa depan negara
  3. Tidak mempunyai pemikiran yang munasabah
  4. Tidak mampu menjaga batasan yang ada.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk melakukan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.
Sekarang adakah penyokong tegar Pakatang faham makna dan hakikat sebenar DEBAT dalam amalan Demokrasi sebenar?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...