Isnin, 20 Februari 2012

SIAPA SURUH PERCAYAI HASUTAN JAHAT INI?


Hamba amat hairan apabila ramai yang begitu taksobkan dengan perkataan dan kenyataan dua orang ahli politik di atas yang amat dikenali dan diketahui mengeluarkan kenyataan di dalam Majlis Debat mengenai kepentingan bangsa Cina Malaysia.

Guna otak di atas kepala yang berada di antara dua bahu dan bukkannya otak yang berada di kedua belah lutut. Keduanya diketahui tidak fasih berbahasa Melayu serta kenyataan asal adalah bahasa Cina. Lagipun keduanya bercakap mengenai halatuju kepentingan bangsa Cina Malaysia yang mana sudah tentulah kenyataan-kenyataan berbentuk sedemikian akan keluar.

Hamba punya pandangan mudah sahaja, ini menunjukkan bahawa kedua ahli politik tersebut menyeru orang Cina bersikap negatif dan hanya mementingkan kepentingan peribadi sahaja.

Teramat jelas daripada kenyataan keduanya mempamirkan sikap pentingkan diri sendiri mereka sahaja. Buat apa kita hendak melayan karenah dua orang yang sedang mabok dalam kecintaan kepada diri mereka sahaja.

LGE terkenal dengan Cakap Tak Serupa Bikin punya. Beliau tidak mempunyai kewibawaan untuk dipercayai sebarang kenyataannya.

Jika benar keduanya mengeluarkan kenyataan tersebut maka nyatalah keduanya tidak layak menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Di bawah ini adalah lapuran mengenai Debat MCA-DAP ( Hairan selama ini DAP mendakwa mereka adalah sebuah parti berbilang kaum tapi mengapa DAP turut serta dalam Debat mengenai kepentingan orang Cina? Adakah ini bermakna DAP mengakui bahawa selama ini mereka berbohong mengenai status parti berbilang kaum dan sebenarnya DAP adalah sebuah Parti Perkauman?):-
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.
Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.
MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.
Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.
Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu."Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.
Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.
Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.
Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.
Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.
Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.
"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.
Sementara itu, Soi Lek menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Guan Eng.
"Ini kerana, disebabkan kekangan masa, adalah sukar untuk menjawab lima soalan dalam tempoh tiga minit," katanya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

hitch berkata...

Kata2 CSL adalah benar...so org2 UMNO kena amik serius sbb dia terang2 tolak hudud.

Tetapi kata2 LGE lebih kepada retorik sbb nak undi org melayu dan menjaga hati org2 PAS....ini lagi bahaya...ibarat gunting dlm lipatan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...