Rabu, 22 Februari 2012

KARPAL SINGH AMAT GEMBIRA DENGAN BERITA INI.




UTUSAN MALAYSIA pernah melapurkan sebuah kisah (2010) menarik mengenai pembebasan Mohd Hairi Sabdin dari pertuduhan membunuh tanpa niat. Mohd Hairi Sabdin membela diri di atas alasan mempertahankan maruahnya dan hanya untuk melemahkan si mati yang cuba meliwatnya secara kekerasan dan paksaan. Si mati berumur 69 tahun telah cuba meliwat Mohd Hairi Sabdin semasa mengurutnya. Karpal Singh mungkin bergembira dengan kes tersebut kerana boleh membandingkan kes tersebut dengan kes liwat II semasa rayuan.

Antara isu perundangan yang menarik yang di sentuh oleh Yang Arif Hakim Abdul Halim:-
Hakim Abdul Halim dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati tiada keraguan terhadap kenyataan yang dibuat oleh pihak pembelaan dan menerima keterangan tertuduh sebagai jelas, jujur dan boleh dipercayai.
“Apa yang dilakukannya adalah untuk mempertahankan diri dan mengelakkan maruahnya tercemar akibat perbuatan si mati yang berkelakuan tidak senonoh ketika sedang mengurutnya.
“Menerusi Seksyen 100 (d) Kanun Keseksaan, undang-undang negara memberi perlindungan dan hak seseorang untuk menyebabkan kematian akibat perbuatan di luar tabii,” katanya.
Hakim Abdul Halim berpendapat segala rentetan peristiwa yang diceritakan oleh tertuduh sejak awal sehingga kematian mangsa merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh sesiapa juga yang berada dalam situasi tersebut.
‘‘Perbuatan tidak senonoh si mati yang cuba meliwat tertuduh tidak pernah dialami sepanjang hidupnya dan telah membangkitkan kemarahan terhadap si mati.
‘‘Saya memahami perasaan tertuduh ketika itu dan sesiapa sahaja yang berfikiran waras akan melakukan perkara sama untuk mempertahan maruah dan harga dirinya. Perbuatan yang dilakukannya munasabah,’’ ujar Hakim Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman pada pukul 6 petang.
Ya, tidak ramai mangsa seksual mengetahui mengenai peruntukan Seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan. Sudah tentu kes ini akan di kecam hebat oleh pihak Ambiga yang pro amalan seks luar tabie' termasuk juga Anwar Ibrahim.

Kemungkinan besar NGO hak Asasi Manusia akan mengecam keputusan Y.A. Hakim tersebut kerana menggalakkan mana-mana mangsa seksual luar tabie untuk bertindak menggunakan seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan. Tidak mustahil selepas ini seksyen berkenaan akan menjadi bahan publisiti dan propaganda pihak pembangkang bagi membangkitkan kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kes ini amat signifikan kerana keputusan Y.A. Hakim mengiktiraf hak mana-mana individu yang berada dalam situasi Mohd Hairi Sabdin untuk menggunakan seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan sebagai pembelaan yang di terima pakai atas alasan perundangan mempertahankan maruah daripada di liwat. 

Kita tunggu sahaja lah salakan daripada puak pembangkang nanti mengenainya. Agaknya apakah komen Anwar Ibrahim mengenai kes di atas? Mujurlah Saiful Bukhari tidak mengetahui mengenai seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan tersebut. Jika beliau mengetahuinya sudah tentu gamat satu dunia dan pastilah Azmin Ali akan merobohkan semua dinding-dinding penjara.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...