Jumaat, 10 Februari 2012

DARI NFC KE KFC DAP SENGAJA MENCARI GERUH.



GSPS (Gerak Saraf Perang Saraf) DAP rasis bersifat rasis dan provokatif. Jika kita membiarkan diri kita terpedaya dan terpengaruh dengan perang persepsi GSPS DAP rasis itu bermakna kita menuju kepada satu lagi insiden 13 Mei 1969. Kesan paling minima pun ialah mengujudkan ketegangan antara kaum yang diterjemahkan kepada undi sokongan kaum Cina kekal berada pada DAP rasis.

Perang Persepsi dalam GSPS DAP rasis bermatlamat mencetuskan, memperbesarkan dan menajamkan semua konflik-konflik kecil. Sebagai contoh, dalam isu siri perhimpunan haram BERSIH 1.0 dan 2.0, kita melihat bagaimana persepsi di dalam 8 tuntutan BERSIH dijadikan konflik di antara sekumpulan minoriti dengan kerajaan. Bilamana konflik itu gagal membawa impak yang dikehendaki, DAP rasis mencari peluang dan ruang untuk mencetuskan konflik-konflik lain pula. 

Dalam isu NFC pula, DAP rasis mencetuskan konflik-konflik dalaman sesama sendiri di kalangan  para pemimpin UMNO. Turut di heret sama ke dalam konflik itu adalah kumpulan dan individu pejuang maya UMNO/BN.

Dalam insiden pergaduhan kecil di KFC, I-City Shah Alam baru-baru ini amat jelas membabitkan anggota DAPSY. Adalah anih kerana tiba-tiba DAP Segambut membuat sidang media mengenainya dalam masa yang begitu singkat. Ini memberikan gambaran seolah-olah insiden tersebut telah di rancang dengan begitu rapi.  Berikut adalah kronologi keganasan yang berlaku akibat provokasi puak Pakatang sendiri sepanjang bulan Januari dan Febuari 2012:-

Bulan Januari, 

  1. provokasi ke atas kelompok mahasiswa melalui Adam Adli, BEBAS & SMM ~ GAGAL.
  2. pemecatan Hasan Ali yang anti Anwar Ibrahim. 
  3. provokasi terhadap Badan Kehakiman
  4. provokasi letupan tiga biji bom
  5. provokasi ke atas undang-undang anti amalan homoseksualiti

Bulan Febuari

  1. provokasi ke atas penduduk Kg Jalan Kebun melalui ceramah ABU oleh HINDRAF & PKR
  2. sokongan Anwar Ibrahim kepada regim Israel.
  3. provokasi serangan 20 ahli PAS ke atas seorang kariah masjid.
  4. provokasi agama - membaling kepala babi di masjid-masjid
  5. provokasi serangan maki hamun ahli DAPSY Johor ke atas pekerja Melayu KFC
  6. provokasi serangan bom molotov ke atas rumah kediaman dan kereta mewah Dr Dzulkefly Ahmad di Johor.


Inilah kerja-kerja puak sosialisma. Mereka sentiasa mahu mencetuskan dan menimbulkan konflik agar keberadaan mereka menjadi relevan. Tanpa konflik, DAP rasis tidak relevan samasekali. Tanpa konflik, fahaman sosialisma tidak relevan samasekali. 

Sosialis adalah agen konflik. 

Konflik ialah Perubahan. 

Fahaman sosialisma tidak pernah mendidik penganutnya menyelesaikan konflik. Sebaliknya mengajarkan penganutnya menjadi agen konflik. Inilah bahayanya wadah politik sosialisma di dalam negara berbilang kaum dan agama.

HENTIKAN KEGANASAN SOSIALISMA !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

6 ulasan:

Muslim berkata...

Hey Jas Salleh,
tepuk dada tanya kepala hotak kau sendirilah
sang munafiq.

Akhlak kau tak ada unsur nilai Islam langsung, dengan tulisan fitnah menipu tak habis-habis ada nak suruh orang lain "TEPUK DADA TANYA IMAN!".

Blahlah kau, nak juangkan Islam konon.

Megat Alam Gempita berkata...

hahaha Malaun si Muslim ni dah panas kerana semua kejahatan fuckatan terdedah. Perangai puak khawarij-zindik memang sama dengan puak sosialis-harbi yang suka menyebarkan dakyah dan mencipta konflik tetapi bangang nak selesaikan masalah. Sebab tu negeri diperintah fuckatan berjaya memperbodohkan pemikiran para pentaksubnya tetapi gagal mensejahterakan rakyatnya.

Bodo tahap Nik Ajis...bangang tahap Nuar Berahim...dua-dua ekor ni sesat dan menyesatkan!

Tanpa Nama berkata...

Inilah terjadi kalau kerajaan BN pondan dan KDN dua kali pondan. Najib sangat lemah sepatutnya mesti tegas macam Dr. Mahathir. Biar tak angkat muka. UMNO kena ada cara dan taruk persepsi kalau tak undi BN negara susah, kacau bilau, susah cari makan dll.

Tanpa Nama berkata...

Sdra jas salleh

Mohon izin saya masuk.

Hari ini Jumaat,sebelah petang ,ada rakyat yang fasih bahasa Mandarin telah murah hati membeli surat khabar vernakular Oriental Daily dan di edarkan percuma di sebuah Pasaraya TS, di Selangor.

saya nampak ada 3 halaman berita gambar serta ulasan atas KFC.
Sesiapa yang fasih sila baca oriental daily hari ni dan ulas.

Ada rakyat Malaysia yang nampak bunga bunga api yang patut di padamkan,tetapi telah mengambil kesempatan curah minyak.

Mengapa ?

Gara 1M kasi muka, sebab nak jawat PM lagi kan.
Lagi baik jadi masak telur saja.

apa pun semua blogger Alif Ba Ta wajib Pantau rapi.
tq mentor mentor saya.
arjuna waspada
changkat lobak.

Tanpa Nama berkata...

macam la PR xde fitnah... hebat sungguh PR kan kan kan

Tauke Ikan berkata...

salam tuan,

mohon pautkan blog saya disini. saya sudah pautkan blog tuan di blog saya.

http://tauke-ikan.blogspot.com/

terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...