Rabu, 29 Februari 2012

CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS NON-MUSLIM.- DR DZULKEFLY....


DAP pun tidak pernah berani mengeluarkan kenyataan seperti di atas semasa berkempen menipu orang Melayu untuk menyertai DAP. HINDAF dan HRP pun tidak sebodoh Dr Dzulkefly. Akibat terlalu obsesi dengan sindrom kemarok undi daripada pengundi bukan Islam, pakej terbaru yang ditawarkan oleh parasit PAS ialah jawatan kedua terpenting di dalam PAS kepada bukan Islam. Sekaligus tawaran tersebut telah menghina dan mengecam Mat Syabu. Sindiran yang cukup sinis dan tajam daripada Dr Dzulkefly kepada Mat Syabu.

Hj Hadi dan Pok Nik pernah mengeluarkan Fatwa bersifat eksklusif mengenai keahlian dan jawatan bukan Islam di dalam PAS dan dalam sebuah negara Islam.Kedua Fatwa tersebut bersifat ekstrim dan keterlaluan sehingga hukumnya ialah kafir bagi melakukan apa yang disarankan oleh Dr Dzulkefly. 

Dr Dzulkefly bukanlah berpendidikan agama dan beliau hnya lah seorang profesional yang mendakwa menerima 'hidayah' dan petunjuk untuk belajar ilmu agama melalui buku teks. Tawaran Dr Dzulkefly adalah jelas membuktikan PAS bukan lagi memperjuangkan Islam dan akidah. 

Tawaran Dr Dzulkefly, episod pemecatan Dr Hasan Ali dan kemelut PAS Kedah membuktikan bahawa selama 54 tahun PAS menipu di atas jalan agama dan memperalatkan agama untuk tujuan politik. Pemimpin PAS Pusat kini sudah tiada hala dan tidak tentu tujuan mereka. 

Ok lah apa pun kita tertanya-tanya siapakah calon bukan Islam paling layak memegang jawatan kedua terpenting dalam PAS. Menurut rakan GAP calon yang paling sesuai ialah Ambiga Sreenivasan. Hamba kurang bersetuju kerana itu belum cukup ekstrim mengikut semangat PAS. Pada pandangan Hamba calon yang paling sesuai ialah:-

MARIA OZAWA dari Jepun.
Barulah abang Mat Syabu relahati melepaskan jawatan Timb Presiden PAS.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...