Kepada pembaca dan rakan blogger, blog ini merupakan satu blog yang MyMassa yakin perlu diberi perhatian (princeofpilah.blogspot.com).
Suka untuk MyMassa kongsikan entri terbaru blog ini.
Pemimpin BN Diterima Kaum India
Masyarakat terutama kaum India telah sedar tentang komitmen ikhlas kerajaan Barisan Nasional membantu mereka melalui pelbagai Program Transformasi dibawah Gagasan 1Malaysia,dan pada masa yang sama mulai menolak penipuan dan drama parti pembangkang yang menggunakan pelbagai fitnah dan isu rasis bagi menghasut pemikiran masyarakat. Baru baru ini Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Menurut Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam pihak kuil tidak menerima surat rasmi tentang lawatan tersebut melainan sebuah e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.Beliau juga mengatakan hari tersebut adalah merupakan hari untuk sembahyang dan bukan untuk ceramah politik sehubunngan itu jawatankuasa kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini. Berbeza dengan sambutan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional, Dato’ Hasan Bin Malek Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menerima jemputan khas dari Jawatankuasa Kuil Sri Kandhasamy Kuala Pilah untuk hadir bersama dengan masyarakat Hindu pada Maha Kumbavishegam. Kehadiran beliau disambut gembira oleh masyarakat yang memenuhi perkarangan Kuil Sri Kandhasamy sambil bersalaman dan berjalan bersama beliau bertemu dengan pemimpin pemimpin masyarakat India di Kuala Pilah. Baca seterusnya di sini
(http://princeofpilah.blogspot.com/2012/01/pemimpin-bn-diterima.html).
MyMassa percaya bahawa bukan sahaja blogger princeofpilah yang merasakan sebegitu, malah ramai pengundi masyarakat India turut berkongsi pendapat yang sama.
Jika dahulu memang pembangkang boleh cuba untuk menipu dan membohong masyarakat India. Kini tidak lagi kerana bila pembangkang merujuk kepada KERAJAAN, mereka juga berKERAJAAN. Adakah KERAJAAN MEREKA LEBIH BAIK DARI BN DALAM MENANGANI ISU DAN MASALAH KAUM INDIA?
Mari kita tinjau musibat apa yang pembangkang dah buat kepada masyarakat India. MyMassa petik dua atau tiga insiden seperti di bawah.
# 1 DOSA PAKATAN
LELAKI BAKAR DIRI UNTUK PERTAHANKAN KUIL DARI DIROBOH PAKATAN PEMBANGKANGLelaki Kritikal Selepas Bakar Diri Halang Kuil DirobohKUALA LUMPUR: Seorang lelaki kritikal selepas bertindak nekad membakar dirinya bagi menghalang sebuah kuil di pusat bandar Puchong dirobohkan pagi tadi.Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, lelaki tersebut, M.Chakragunasegaran, 52, melecur di muka serta beberapa bahagian badannya, berjaya diselamatkan orang ramai dan sedang dirawat di Hospital Serdang."Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi ketika lebih kurang 200 orang kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan, dan lelaki itu (yang) menjerit-jerit jangan roboh, jangan roboh, tiba-tiba membakar dirinya."Lelaki itu lalu pengsan dan diselamatkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian, dan dikejarkan ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi, Isnin.Beliau berkata, polis telah membuat satu laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Puchong dan siasatan masih dijalankan.Abdul Razak berkata, selepas insiden berkenaan, kerja-kerja meroboh sebahagian daripada kuil itu berjalan lancar.Difahamkan, notis arahan yang dikeluarkan MPSJ pada 26 Oktober lepas kepada anggota persatuan kuil itu, telah memberi tempoh tujuh hari untuk berpindah kerana sebuah tadika akan dibina di kawasan tersebut.
Sementara itu, adik lelaki itu, M.Alagan, 45, memberitahu bahawa abangnya bertindak demikian kerana bimbang kuil berusia 10 tahun itu akan dirobohkan pihak berkuasa."Apa yang saya boleh beritahu, abang saya kini masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) hospital itu," katanya. - BERNAMA
# 2 DOSA PAKATAN.
EMPAT BUAH KUIL DIROBOH DALAM MASA 4 TAHUN BERKUASA.Masyarakat India bantah MBSA roboh kuilSHAH ALAM 12 Dis. - Kira-kira 50 penduduk berketurunan India kecewa apabila usaha mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah tindakan meroboh sebuah kuil di Jalan Persiaran Glenmarie di sini gagal kerana tiada wakil kerajaan negeri tampil untuk menerimanya.Mereka yang tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 1.20 petang terpaksa menunggu kehadiran wakil dari pejabat Menteri Besar di pintu utama bangunan tersebut selama setengah jam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan tiada wakil Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan hadir.Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S. Thiagarajan yang menjadi jurucakap mereka berkata, sepucuk surat telah dihantar pada 9 Disember lalu kepada pejabat Menteri Besar bagi memaklumkan kehadiran mereka hari ini."Kami sedar hari ini cuti umum di Selangor, tetapi kami telah maklumkan kepada pejabat Menteri Besar dan apa salahnya mereka hantar seorang wakil untuk menerima memorandum ini."Mereka tidak boleh menjadikan cuti umum sebagai alasan untuk tidak hadir bertemu kami kerana kami pernah menghantar satu memorandum kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri di pejabatnya pada 27 Julai 2007 yang jatuh pada hari Ahad dan beliau sendiri sanggup meluangkan masa bertemu kami," katanya.Thiagarajan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan kuil berkenaan pada 24 November lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak jawatankuasa kuil.Katanya, ketika proses merobohkan kuil berkenaan, anggota MBSA seolah-olah tidak menghormati rumah ibadat itu apabila bertindak memecahkan beberapa patung berhala menggunakan tukul besi."Kami sangat kecewa, mereka sepatutnya memberi peluang kepada kami untuk mengalihkannya dan bukan memecahkannya yang langsung tidak menjaga sensitiviti kami," tegasnya.Tambahnya, pihaknya juga kesal apabila pentadbiran Abdul Khalid tidak mengotakan janji ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pembangkang tidak akan merobohkan mana-mana kuil di seluruh negeri ini, tetapi sekarang jelas ia hanya janji kosong."Sehingga hari ini, kerajaan negeri telah merobohkan kira-kira empat buah kuil di seluruh Selangor dan tiga lagi akan dirobohkan selepas menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan," jelasnya.Katanya, penduduk juga menuntut Abdul Khalid supaya memberi sebidang tanah di kawasan berhampiran sebagai ganti kepada kuil yang telah dirobohkan itu.
# 3 DOSA PAKATAN
KAKITANGAN ANWAR IBRAHIM HALAU DAN KOYAKKAN MEMORANDUM DARI MASYARAKAT INDIA
Tidak lupa juga mengenai dosa pakatan kepada penduduk Kg Buah Pala Pulau Pinang.
KOMEN HAMBA
Kaum India di Malaysia diapikan oleh Anwar Ibrahim, Parti Adat & Sukan dan DAP rasis. HINDRAF dan HRP adalah hasil pengapian tersebut.Kaum India harus sedar bahawa mereka perlu berkerjasama dengan BN. Mereka juga perlu menyedari bahawa bukan kepentingan mereka sahaja yang perlu diutamakan. Mereka perlu mengikis sifat rendah diri dan keegoan melampau. Barulah mereka mampu menjadi sebuah masyarakat progresif. Jangan terpedaya lagi dengan kata-kata dan janji-janji manis Pakatan.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
2 ulasan:
Elok jugaklah kalau begitu. Jangan jadi kurang cerdik sokong Hindraf.
Orang India ada hak asasi mereka sama juga macam homo cun ni.Jadi homo cun ni nak membontot, janganlah jaga tepi kain homo cun.
Catat Ulasan