Rabu, 1 Februari 2012

SAYANG UMNO KU: PERSONA NON GRATA MENJADI GRATIS.


ANNUAR MOHD NOR -UMNO REFORM ATAU DEFORMED? POLEMIK, TEGURAN , SOKONGAN & KRITIKAN MEMBINA.

Tanyalah kepada mana-mana bloger pro UMNO, Adakah anda sayang UMNO? Mereka akan menjawab YA KAMI SAYANG UMNO LEBIH DARIPADA KAMI SAYANGI DIRI KAMI !

Kemudian bertanyalah soalan ini lagi, Adakah percaya UMNO Parti Keramat ? Dengan penuh keyakinan mereka menjawab ' YA KAMI YAKIN UMNO SEBUAH PARTI KERAMAT!

Jika ada bloger pro UMNO yang memberikan jawapan selain daripada itu , adakah anda akan mempercayai komitmen beliau?

Sabda Rasullullah s.a.w:- 
"Jika mahu tahu kebaikan seseorang bertanyalah kepada sahabatnya, jika mahu tahu keburukannya bertanyalah kepada musuhnya"


PROFIL LATARBELAKANG ANNUAR MOHD NOR
(UMNO REFORM atau  DEFORMED?)

Hamba memetik dari dua sumber yang amat hamba percayai iaitu 
  1. The Unspinners
  2. SelangorDaily.com
Berdasarkan kepada kedua sumber itu :-
  1. Annuar Mohd Nor adalah pengendali Mahafiraun dan Mahazalim pada tahun 1988. Blog tersebut di buat atas sokongan kepada Anwar Ibrahim dan berdasarkan kepada kebencian kepada Tun Dr Mahathir.
  2. Annuar Mohd Nor adalah anak didik Universiti Bangsar Utama kendalian bebas Hishamuddin Rais. Hishamuddin Rais cukup dikenali dengan gaya pemikiran tersendiri dan tidak begitu menggemari perjuangan UMNO.
  3. Annuar Mohd Nor adalah aktivis aktif gerakan Reformasi sejak 1988 sehingga kini.
  4. Annuar Mohd Nor berkawan baik dengan Chegu Bard, Nora Reformasi, Isham Rais, Razman Hakimi, Tun Faisal. Pendekata beliau mempunyai rakan-rakan akrab dari kedua belah pihak baik di pihak PKR mahupun di pihak UMNO.

PEMIKIRAN & PERJUANGAN ANNUAR MOHD NOR.

Hamba amat mempercayai bahawa pemikiran dan perjuangan Annuar Mohd Nor tidak sama dengan pemikiran dan perjuangan UMNO. Beliau membawa pemikiran dan perjuangan mengikut acuan yang di terima olehnya dari Universiti Bangsar Utama. Beliau menganggap UMNO adalah terkebelakang dan masih terikat dengan nilai-nilai feudalisma lapuk.

Ini membawa kepada persoalan:-
  1. Apakah Agenda Annuar Mohd Nor?
  2. Adakah beliau membawa Agenda Sendiri atau Agenda UMNO atau Agenda PKR atau Agenda Reformasi?
  3. Apakah idealisma Annuar Mohd Nor?
  4. Kepada siapakah Annuar Mohd Nor meletakkan kepercayaan, ketaatan dan kesetiaannya?
  5. Adakah beliau membawa manafaat kepada UMNO atau sebaliknya?
  6. Adakah tanpa beliau UMNO akan kalah?
  7. Adakah tanpa beliau UMNO akan lebih berjaya?
  8. Sejauh manakah kerahsiaan maklumat pejuang maya UMNO di simpan rapi oleh Annuar Mohd Nor?
  9. Adakah kebocoran maklumat dan strategi UMNO disebabkan olehnya?
Persoalan paling penting bagi hamba mengenai Annuar Mohd Nor ialah:-
  1. Apakah pendirian beliau?
  2. Adakah beliau mahu memainkan peranan tersendiri dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara?
  3. Adakah beliau membawa aspirasi kepimpinan UMNO?
  4. Adakah beliau mahu memainkan satu peranan sebagai pengimbal dan pencatur kekuasaan politik Melayu Islam?
  5. Bolehkah beliau dipercayai?
Bagi hamba kepimpinan UMNO mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada seluruh jentera pejuang maya untuk menjawab kesemua persoalan-persoalan di atas.

Apakata satu pertemuan khas SIDANG DIALOG diadakan antara pejuang maya UMNO dengan Annuar Mohd Nor dengan kehadiran kepimpinan tertinggi UMNO.

Pejuang-pejuang maya UMNO perlu diyakini oleh kepimpinan tertinggi UMNO mengenainya.

Adakah Annuar Mohd Nor dan Tun Faisal akan bersetuju dengan cadangan ini atau mereka akan memberikan sejuta alasan yang tak masuk akal?

Untuk pembacaan selanjutnya sila klik di sini 

  1. THE UNSPINNERS 
  2. LAWYER GARANG 
  3. APA 
  4. SELANGORDAILY 
  5. SINISMALAYSIA
TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Zanuddin Salleh @ Obey-One berkata...

kenapa nak bincang paal anuar madnoor ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...