Shahrizat berkata, beliau sudah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam satu kenyataan dua perenggan sebentar tadi, Shahrizat juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terbabit atau tidak dalam keputusan kerajaan berhubung National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Sumber Berita Harian
Tahniah dan syabas buat Kak Jat yang teah melakukan perkara yang sebenarnya amat sukar untuk dilakukan pihak lain terutama dikalangan pemimpin pembangkang. Benar dan tepat tindakan Kak Jat ini yang bercuti bagi memberikan laluan sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalankan siasatan sama ada benar atau tidak Kak Jat terlibat dalam isu NFC sebagaimana yang dilaporkan oleh pembangkang.
Fitnah yang datang berbagai bagai sejak tercetusnya isu NFC ini membuatkan Kak Jat dilihat perosak kepada UMNO mahupun Barisan Nasional walhal Kak Jat tidak terlibat langsung dengan isu NFC ini.
Baca seterusnya di sini PAPA GOMO
Bagi hamba walaupun Kak Ijat telah mengambil tindakan yang benar dan betul dan jika sekiranya SPRM mendapat Kak Ijat tidak bersalah, namun Pakatan tidak akan berpuashati sehingga dakwaan dikenakan ke atas kak Ijat sepertimana terjadi ke atas Khir Toyo.
Pada kali hamba berharap benar agar tidak ada pertikaman belakang ke atas Kak Ijat Kita tidak mahu lagi mana-mana pemimpin UMNO/BN yang menjadi mangsa tekanan politik akibat fitnah-fitnah mega ke atas mereka oleh Pakatan.
Kita juga tidak mahu Kak Ijat dimangsakan oleh kelompok opurtunis di dalam UMNO kerana gilakan kuasa.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan